Sunday, March 3, 2013

Hometown .

Assalamualaikum . 

Balik dari BBST dgn Husna , jadi turun dekat rumah huna . Alya dengan Mum tumpang jugak . Masa nak tunggu mama sampai , borak-borak dgn Alya , Huna buat kali akhir . Nanti rindu nak borak dengan korang lagi . Masa borak-borak tu , macam nampak cikgu Ezura . Suruh huna pergi tengok . Betul la tu cikgu Ezura . Cikgu ambil anak cikgu , Adam . Instinct pelajar cikgu , selalunya tepat . 
Tanya cikgu pasal sijil koko , sebab nak balik kampung hari sabtu kan . Cikgu cakap cikgu dah siapkan , aku je yang tak ambil dekat pejabat sebelum balik hari jumaat tu . Allah . Tak ape la , suruh mama yang ambilkan hari isnin ni . InsyaAllah . Sempat la salam cikgu . Boleh pulak aku suruh cikgu salam aku macam aku buat dgn sahabat-sahabat lain . Serius , malu masa tu . Boleh pulak jadi macam tu . Huna dgn Alya boleh gelak . Allah . Maaf eh cikgu , fikiran agak kelam kabut masa tu , jadi semua tak betul .

Semalam lepas balik dari BBST , mama ajak pergi beli baju terus . Pergi Warta dgn PKNS . Beli baju sekolah . Tudung baru juga :) Sampai rumah dekat pukul 930 malam . Malam tu aku rush kemas barang yang nak bawak balik kut . Dah la penat . Allah . Nasib baik sempat sediakan hadiah untuk sahabat-sahabat . Semalam , masa nak bertolak balik Kedah , sempat singgah rumah Huna buat kali akhir . Nanti mesti rindu dia sangat-sangat :( 

Alhamdulillah . Selamat sampai ke kampung halaman yang bakal aku menetap . Indeed , I will miss SAMSMILE so much . Segalanya bermula di SAMSMILE :(

No comments:

Post a Comment