Friday, March 1, 2013

Akhirnya ,

Assalamualaikum . 

Dah masuk bulan 3 rupanya . Pantas masa berlalu . Ya Allah . Jika ini yang kau rancangkan untuk diriku , aku redha kerana aku percaya ini yang terbaik buat aku . Hari ni pergi SAMBBST . Ambil insentif bagi pelajar PMR . Alhamdulillah . 

Hari ni dekat sekolah penat sangat . Penat uruskan perpindahan . Turun sana , naik sana . Serius penat . Nasib baik SAMSMILE tak besar . Bersyukur dengan apa yang kita miliki :) Cikgu-cikgu tahu dah aku nak pindah . Dah nak pindah ni , Cikgu Ezura minta tolong . Best tolong cikgu . Mungkin itu buat kali akhir tolong cikgu Ezura . Aturan Allah itu hebat . Kenangan tolong cikgu :) 

Sampai je rumah , tak lama lepas tu surat tawran sampai . Tawaran dari SMKA Kedah . Alhamdulillah . Dapat juga . Dah lama tunggu . SMK Sultanah Bahiyah pun dapat . Tapi aku nak masuk sekolah agama . Apapun bersyukur sangat sebab Allah bagi sekolah agama . Surat tu menunjukkan yang aku kena daftar pada 3 Mac . Allah . Cepat sangat . Aku plan nak balik 9 Mac . Tapi aturan Allah itu lebih hebat , ditakdirkan aku balik awal . InsyaAllah esok awal pagi dah nak balik sana . Moga Allah permudahkan urusanku . Ameen .

Plan nak pergi ekspo buku islam esok dengan sahabat-sahabat . Najlaa , Huna , Alya , Min . Tapi Allah takdirkan aku tak dapat nak pergi . Kita hanya merancang , Allah yang tentukan . Apa aku boleh buat . Disebabkan kena balik esok , tak sempat nak minta maaf dengan cikgu-cikgu , sahabat-sahabat yang lain . Nak salam kalian . Aku manusia biasa yang banyak melakukan kesalahan . Maafkan aku kalian :(

Najlaa ~ Maaf tak dapat nak pergi ekspo buku esok . Bukan sengaja , tapi ini ketentuan . Aku kena pergi juga . Terima kasih atas segalanya . Thanks atas kenangan indah yang kau berikan untuk aku . Aku sangat menghargai . Nanti rindu nak gelak-gelak dengan kau :(

Husna ~ Jangan nangis bila aku tak ade . People come and go . Tabahkan hati . Maaf jika buat salah dengan kau . Kau kawan aku dunia akhirat . Thanks jadi sahabat aku . Aku rindu nak gelak-gelak dengan kau . Belajar pandai-pandai na . SMA bg Mumtaz . InsyaAllah . Aku sentiasa doakan kau . Moga kita dipertemukan suatu hari nanti . Sayang kau :'(

Dijah ~ Belajar elok-elok . Aku tak tahu yang sebenarnya hari ni hari last aku jumpa kau . Terima kasih sebab sudi tolong aku uruskan aku pindah tadi . Kau juga kawan kau dunia akhirat . Aku sayang kau . Doakan kejayaan aku di dunia dan akhirat . Maaf andai ada salah dengan kau . Thanks for everything :'( 

Kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri ini , 
aku minta maaf andai tersalah segala perkara yang menyinggung hati kalian . Aku manusia biasa . Maafkan aku . Semoga kalian di sana sentiasa berjaya , dan teruskan usaha . SAMSMILE sentiasa di hati , kerana di sana aku bermula . 

Kepada cikgu-cikgu yang mengenali diri ini ,
Saya minta maaf kalau buat cikgu terasa hati . Halalkan segala ilmu yang cikgu beri kepada saya . Berkati ilmu yang cikgu bagi . Nanti ada masa dan rezeki kita dipertemukan . Jodoh pertemuan di tangan Allah . Nanti kita jumpa . Terima kasih cikgu :)

Kepada ehem ehem :S
Ya Allah , jika dirinya untukku , satukanlah kami suatu hari nanti . Ameen . 

No comments:

Post a Comment