Monday, May 18, 2015

Begin a new journey.

Assalamualaikum.

Mengemas rumah yang tidak berpenghuni ini. Yang tidak ada pembacanya, yang direka hanya untuk suka-suka. Yes, Suka-suka.

Tak tahu la ini post yang terakhir buat masa sekarang atau pun tidak. Yang pasti tak tahu lagi bila nak post apa-apa. Sebab malu rasanya sebab orang update untuk berdakwah. Tapi diri sendiri yang hanya tentang kisah peribadi yang rasanya sampai bila pun tak habis kisah ni. Ya Allah, ampunilah hambamu ini.

Ramai kawan-kawan dah sambung study. Ada yang pergi bidang kemahiran walaupun 7A. Ada yang pergi STPM. Ada yang akan sambung asasi, dan diploma. Dan aku hanya sambung Matrik di Changlun. Itu rezeki. Allah dah tetapkan untuk hambaNya. Point pertama, Syukurlahh apa yang ada.

Orang kata Matrik kena fight kuat sikit.. Sebab ramai orang pandai kebelakangan ni. Ye. Tak dapat dinafikan. Dan orang juga kata budak matrik paling susah masuk uni untuk apply degree berbanding diploma dan form 6. Kata aku. Rezeki Allah itu luas. Kita kena usaha segagah mungkin agar dapat tempat kosong di uni nanti. Lagi pun Allah itu ada. Tak payah nak risau, sebab Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita, Next point, keep positive. Allah will be with you. Always.

Orang kata, Akaun punya course ramai students yang ambik. Takut2 nanti tak dapat kerja. Lagi sekali, aku kata, Allah tu ada. Sentiasa. Rezeki Allah itu luas. Yang penting usaha. InsyaAllah. Ada kerja yang baik untuk kita. Itu semua cerita esok yang aku kira tak perlu nak kira sangat. Yang penting hari ni. Agar hari ini dilaksanakan sebaik mungkin. Dari segi segala angle. Ibadah, amalan harian. InsyaAllah. Esok kita improve lagi berbanding hari ni.

Untuk independent di luar sana agak mencabar. Moga Ya Allah, Kau permudahkan urusanku. Hadirkanlah sahabat yang dapat membawa aku ke jalanMu. Yang dapat menarikku bila aku hampir jatuh ke neraka. Jauhkanlah aku daripada melakukan perkara yang mungkar. Aamiin.

So conclusion nya, be tough where ever you are. La tahzan. Inna Allah maa'na.