Saturday, March 30, 2013

Farewell SMKAK . Welcomed SMKSB .

Assalamualaikum 

Cuti seminggu dah pun tamat . Esok semua start sekolah bg negeri Kedah and etc . Aku tak sekolah lagi . Esok baru nak pergi . Tak masuk SMKAK dah . SMKSB pula :)

Esok nak siapkan apa yang patut dekat SMKAK then terus pergi SB . Dan juga masuk asrama terus . So malam esok di asrama la . Semoga di tabahkan hati T.T

Tadi lepas hantar angah dekat SB pergi SMKAK dulu nak ambil barang kat dalam dorm dengan buku bawah meja . Masa sampai dorm ada dua orang je dalam dorm . Ada Asma dengan adik Marsha . Yang lain tak sampai lagi kut , sempat salam dengan mereka berdua je . Yang lain kirim salam je la . Masa nak turun nampak Faqihah . Suruh dia tolong bawakkan barang sekali . Dekat asrama baik dengan dia . Dia tu okay je :) Best kawan dengan dia . Ceria selalu . Tapi number nak contact pun tak ada . Kawan apa la aku ni =.=

Thank Qihah sebab sudi rapat dengan aku . Sangat menghargainya . Dan juga buat pelajar 4 Imtiyaz . Syakirah yang duduk sebelah . Terima kasih . Ahli-ahli dorm Harmoni terima kasih juga . Maafkan saya andai buat anda terasa hati . Dan juga warga SMKAK yang kenal secara langsung ataupun tidak , moga Allah permudahkan urusan kalian . InsyaAllah . Walaupun hanya sebulan di SMKAK , SMKAK tetap pernah menjadi sekolah aku :)

Pengalamn dan perjalanan hidup yang dipilih oleh seorang insan . 
Live well or Live hell . You choose . Ini jalan yang saya pilih . Moga diredhai Allah s.w.t.

Farewell SMKAK , Welcomed SMKSB :)

Wednesday, March 27, 2013

Assalamualaikum .

Akan ku teruskan perjuangan di SMKSB . Moga kejayaan mengiringi diri ini di sana . InsyaAllah . Moga Allah permudahkan segala urusan . InsyaAllah . SPM 2104 Straight A+ InsyaAllah :)

Bila jauh mesti susah nak keep in touch kan ? Bila depan mata kita dekat , bila jauh kita pun jauh juga . Alasan untuk keep in touch tu macam dah takade je . Kenpa jadi macam tu eh . Diri ini berusaha untuk dekatkan yang jauh , tapi yang jauh macam takada usaha nak dekat dengan kita ,  Allah . Bersangka baik adalah cara yang terbaik . Allah assume apa yang kita fikirkan . So , think the good one :) 

Kalau keluar lalu Insaniah kan , mesti nampak kakak-kakak yang pakai tudung labuh . Pakai purdah pun ada . Comelnye . Jealous tengok mereka . Teringin nak tambah sahabat-sahabat macam mereka tapi masih tak jumpa lagi :( InsyaAllah . Suatu hari nanti :) Aku ? Masih berusaha menjadi lebih baik . 

Aturan Allah itu hebat sangat . Kagum . Setiap apa yang terjadi mesti ada reason di sebaliknya . Kita kan sebenarnya tak payah nak fikir untuk esok . Jangan risau apa yang bakal terjadi esok sebab Allah dah tentukan dah untuk kita . Jangan disebabkan hari ini , kita takada semangat nak teruskan hari esok . Life must go on . Until last breath . 

Fikir positif . Semuanya smooth je nanti . Pujuk diri . Jangan fikir negatif . Apapun Allah sentiasa dengan kita . Minta dekat Dia . Mengadu pada Dia . Kerana kita milik Dia ^^
Bila cakap tentang Islam . Rasa beruntung sangat sebab diri ini lahir dalam Islam . Bersyukur . Allah bagi kita nikmat Islam sejak lahir lagi . Mantapkan cinta pada Dia kerana Dia pemilik cinta :)

Alhamdulillah

Assalamualaikum . 

3 malam bermalam di rumah sendiri . Dekat Gurun . Hari-hari yang mendatang di asrama la . Rumah kat Gurun tu kawasan perumahan . Er , serius tak biasa sangat .

Okay . Nak cerita sikit pasal apa yang jadi hari ni . Aku memtuskan nak pindah sekolah . Sekolah dgn adik aku . Ikutkan hati memang tak nak . Tapi parents suruh situ jugak kalau aku tak boleh bawak smka tu . Sekarang ni aku ikut jela apa yang parents kata . Malas nak buat keputusan diri . Kalau salah nanti , susahkan orang je . Aku dah banyak susahkan orang . Orang pun naik geram dengan aku . 

Mula-mula pergi smk dulu . Jumpa pengetua dia . Pengetua dia baik sangat . Pengetua dia tanya la kenapa nak tukar sekolah . sebab sebelum aku dapat smka aku dah dapat smk tu . Lepas cerita cerita , pengetua kata pergi smka cakap nak borang tukar sekolah . 

Alhammdulillah . Lepas selesai di smka terus pergi PPD . PPD pun dah luluskan . Alhamdulillah . Allah permudahkan urusan . Esok kena pergi smk dgn smka balik . Bagi borang tukar sekolah . Moga Allah permudahkan urusan jua :) 

Aku harap sangat lepas ni tak susahkan orang lagi . Aku dah susahkan banyak orang . Moga Allah balas jasa baik mereka . Pengetua tu ada cakap , kalau sampai dekat tempat orang . kita sendiri kena sesuaikan diri . Bukan orang sesuaikan diri untuk kita . 
InsyaAllah . Aku akan ingat sampai bila-bila . 

Monday, March 25, 2013

Ehem . .

Assalamualaikum . 

Fitrah manusia perasaan suka hadir dalam diri . 
Sebelum tinggalkan SAMSMILE ia berlaku . Kenapa kena ada rasa tu ?

Perjalanan ini . .

Assalamualaikum . .

Adakalanya perjalanan ini sungguh memenatkan . Semakin ke hujung semakin penat sedangkan beban tambah berat . Tanggungjwab semakin sarat . Tetapi apakah ada pilihan lain selain meneruskannya ? 

Sering juga ingatkan diri, kalau ada masakah di tengah jalan . .  jangan berhenti . Teruskan perjalanan . Apabila yakin tujuan dan matlamat sudah betul , soal kembali ke pangkal jalan tidak timbul . Ini jalan paling benar , walaupun jalan yang paling sukar . Inilah jalan yang paling singkat , walaupun terasa amat berat . 

Hidup tidak boleh dibelenggu rasa jemu dan lesu . Hari-hari adalah lembaran baru yang perlu dilorek dan diukir dengan keindahan dan keceriaan . Hari-hari adalah peluang untuk mencipta yang lebih baik . 

Susah dan payah adalah baja yang membina kematangan dalam jatuh bangun diri menuju Ilahi . Hidup seperti orang yang bersedia untuk mati . InsyaAllah nanti akan terus hidup walaupun sesudah mati . Ingatkan diri selalu bahawa hidup di dunia ini sangat penting kerana adanya hari akhirat . 

Indeed , hidup sebelum mati adalah bekal untuk hidup selepas mati . Katakan pada diri , hidup bukan sekali . malah ada hidup yang tidak berakhir dengan mati . Hidup di dunia ini cuma modal untuk hidup di akhirat . Itulah hakikat hidup , ia satu perjuangan menempuh jalan pulang . Jika sesekali terasa lemah melangkah , renungilah alam . InsyaAllah kita akan dapat belajar daripadanya . 


Dimana DIA Dihatiku ?

Sunday, March 24, 2013

Maaf

Assalamualaikum . 

Perlukan seseorang untuk mengadu saat ini . Tapi bila fikir balik , orang lain pun ada masalah . Nak dengar masalah aku lagi . Kesian orang tu kan . Cukup la Allah bagiku . 

Sekarang ni , aku mengadu kat parents taknak duduk asrama smka tu .Nak sekolah biasa . Nak duduk luar . Semua orang marah dekat aku . Dah masuk sekolah pandai nak sekolah biasa pulak . Diorang tak faham ape yang aku rasa . Aku susah nak belajar dekat situ . 

 Aku susahkan orangkan ? Am I to selfish ? Yes , I am . Aku tak mintak semua ni berlaku , aku tak mintak . Semua orang susah sebab aku . Tak ada niat aku nak susahkan orang . Semua orang marah aku . Aku dah cuba biasakan diri  , tapi tak boleh . Kenapa jadi macam ni :( kadang-kadang tu rasa dah takade mood langusng nak belajar . 

Dulu aku yang ngada-ngada nk smka tu . Lepas tu tiba-tiba nak keluar . Sekolah adik aku pulak . Ya Allah . Teruknya aku sekarang . Kenapa aku susahkan orang ni ? Sekarang ni , aku serahkan pada parents . Biar la diorang aturkan hidup aku . Bila aku aturkan sendiri , semuanya salah . Semuanya susahkan orang . Sekarang biarlah , aku diaturkan . Aku penat susahkan orang . Aku dah susahkan mak ayah aku , atuk nenek aku , pakcik makcik aku . Takada niat langsung nak susahkan orang . 

Maafkan aku . 

" Ujian adalah tarbiyah dari Allah , Apakah kita kan sabar atau sebaliknya ?

Asrama

Assalamualaikum .

Sekarang duduk asrama , jauh dengan keluarga . 360 darjah hidup aku bertukar . Aku rindu saat dulu . Aku balik sekoah je lepas tu cerita dgn mama apa yang jadi dekat sekolah . Sekarang ? Bila balik asrama tak tahu nak cerita dekat sape . Sedihnya . Aku rindu rumah sangat . Masa dekat asrama fikir nak balik je . 

Taknak asrama . Dulu aku tak nangis depan orang , sejak duduk asrama senang je mata ni berair . Jauh dengan mama ayah . Aku ingat aku kuat bila keluarga jauh sekali pun . Rupanya tak . Sebelum ni aku kuat sebab ade keluarga dekat belakang tapi sekarang aku cepat rindu . Jauh dengan family . Kenapa mesti macam ni , aku tak suka situasi macam ni :(

Bila jalan sorang-sorang dekat asrama , nak pergi makan ke , sembahyang ke , prep ke . Mesti mata ni berair . Aku rindu dengan masa lalu aku . Aku rindu dengan family aku , dengan kawan-kawan aku . Rindu sangat . Tapi inilah yang dinamakan kehidupan . People comes and go . Kita kena kuat , kena tabah . Mungkin aku baru lagi . 

Aku rindu nak gelak dengan sahabat-sahabat . Najlaa terutamanya . Serius , rindu gila nk gelak dengan kau dekat dalam DM . Bila lagi kita dapat gelak2 macam tu eh , bila teringatkan masa tu mesti nak nangis je . Pelik . Senang sangat mata berair bulan ni . 

Aku dorm Harmoni . Tingkat 3 . Penat , tiap hari nak kena turun naik tangga =.= Tidur katil atas . Paling tua dalam tu form 4 . Ada 3 orang je form 4 . Tidur paling lewat pun pukul 12 . Paling awal aku bangun pun pukul 4 , lepas siap mandi aku tidur balik . Tapi kalau aku bangun pukul 5 aku tak tidur la kan , sebab pukul 6 mesti kena ada dekat surau . Kalau bangun lewat kena la beratur kat bilik air . Tak sukanya . 

Balik sekolah pukul 230 kut . Lambat . Samsmile balik pukul 2 . Hmm , lain sekolah lain caranya kan ? Balik je skolah terus pergi sembahyang zuhur . Lepas tu makan tengahari then prep 330 sampai 430 . Kejap kut . Prep dalam kelas . Kedudukan DM dengan kelas sangat la jauh . Tak larat kut . 430 balik dorm , aku iron ke nak mandi ke masa tu la . Pukul 530 aku turun , pergi solat asar . Lepas tu aku naik dorm balik la , kena tukar baju . 630 turun balik , pergi DM makan malam . Pukul 7 sampai 9 kena kat surau . Solat maghrib dengan isyak . 

Pukul 930 start prep sampai 1030 . 1030 supper . Tapi aku selalunya tak pergi , malas . Lepas baca al-Mulk dalam pukul 1130 macam tu baru aku boleh tidur . Tight gila masa , takade masa nak study langsung kut . Prep buat homework je . Nak lari , tak nak duduk situ :( 


Thursday, March 21, 2013

Desa Putra

Assalamualaikum . 

Apa cerita SAMSMILE sekarang ? Rindunya sana . Nak balik sana balik boleh tak ? Rindu sangat . Sejak duduk asrama ni , jarang dah update . Duduk asrama biasa la kan . Banyak sangat nak cerita .  Bila duduk asrama , tak tahu nak kongsi dengan siapa . Allah je tahu macam mana aku rasa . Penat sangat .

Balik Kedah 9 hb . Cik emy tunang petang . Pukul 2 . Tak sempat nk tunggu cik emy bertunang sebab kitorang balik pagi . Sedih . Rindu nenek , cik ita , cik emy . Rindu dekat sana :( 

Dekat Desa Putra aku membesar , nenek yang jaga . Tiba-tiba kena berhijrah tempat lain . Allah . Sedih sangat . Rindu nak pergi rumah nenek nanti . Membesar dekat rumah nenek . Saat berpisah sedih sangat . Takut rindu . Dan sekarng terbukti aku sangat merindui keluarga dekat sana . Rindu nak makan nenek masak , rindu nak suruh nenek urut badan , rindu nak tengok tv dengan nenek , rindu nak borak dengan nenek . Rindu sangat dekat sana :( 

Sempat tolong cik emy buat door gift je . Nanti cik emy kenduri along datang awal eh . InsyaAllah . Perfume cik emy bg tu wangi :) 

Cik ita terima kasih atas hadiah tu . Cantik :) Nanti mesti rindu nak pergi tengok wayang dgn cik ta . Rindu nak pergi Alamanda dgn cik ta . Bila lagi kita dapat pergi sama-sama . Hm , kalau along balik sana , kita pergi :)

Nenek . Terima kasih sbb jaga along masa kecil . Rindu sangat dgn nenek . Along doakan nenek sihat sentiasa ye . Jaga kesihatan nenek . Nanti along balik sana balik . InsyaAllah . 

Moga keluarga di sana sihat wal afiat . Moga Allah permudahkan urusan kalian . 

Salam sayang ,
Along .

Thursday, March 7, 2013

SAMSMILE :)

Assalamualaikum . 

Malam selasa aku dengan ayah balik Selangor . Nak kemas rumah . Lori sampai jumaat . Jadi sabtu ni , aku dah tak ade dekat Selangor dah . Semalam pergi sekolah . Rindu sangat dekat SAMSMILE . Haritu kan balik rushing , jadi tak sempat nak salam diorang semua . Alhamdulillah . Ade rezeki jumpa mereka semalam :) Rindu kalian sangat-sangat .

Ehem ehem pun nampak juga . Tapi dari belakang . Er , terselit pulak cerita ni T.T 

Dapat la juga ambil gambar dengan mereka :) 



SAMSMIEL :) Di sini segalanya bermula .



 Dengan Husna . Ukhuwahfillah :)


Moga kejayaan mengiringi kalian . InsyaAllah .



Ina . Min . Moga ukhuwah ini kekal buat selamanya . InsyaAllah .




Sibuk dengan kawan-kawan adik jap ~


Sahabat sampai Jannah . InsyaAllah .


Sofiah ~ Nadiah :)

Wednesday, March 6, 2013

SMKAK

Assalamualaikum . 

Sekarang aku dekat Selangor :) Rindu dekat sini . Allah je tahu macam mana aku rasa . 
Pada mulanya , aku kan balik kampung hari sabtu haritu sebab ahad nak daftar sekolah . Rushing balik . Aku tak bersedia lagi sebenarnya , sebab hati aku masih dekat Selangor , masih dekat SAMSMILE . Tapi nak buat macam mana kan , aku kena jugak . 

Daftar hari ahad . Aku dapat kelas 4 Imtiyaz . Kelas Akaun . Aku memang nak amik akaun . Cikgu masa daftar tu tanya kenapa aku tak amik science kan , sebab result aku okay . Aku minat akaun , nak buat macam mana kan . Dan buat kali pertama dalam hidup , aku duduk asrama . Ikutkan hati taknak , tapi rumah jauh kut . Kena la jugak . Ada la juga pengalaman stay asrama kan ?

Sekolah tu ? Besar kut . Aku pun boleh sesat , kalau tak ingat jalan . Dan banyak sangat banyak blok bangunan . Macam SAMSMILE kecik je , senang nak jalan . Form 4 ade 6 kelas . 4 science 2 akaun . Sekolah tu okay je kut , tapi SAMSMILE masih di hati lagi . Dalam kelas aku duduk sorang dekat depan sekali . Sebab aku 3rd intake tau , jadi aku sorang je la . Yang lain duduk dua-dua , aku sorang-sorang . Ni yang buat aku rindu SAMSMILE . Rasa nak lari je . Moga Allah tabahkan hati aku . 

Diorang belajar cepat kut . Dekat SAMSMILE Maths baru chapter 1 sampai 3 , tu pun tak habis lagi . Kat sana dah sampai chapter 4 . Macam mana aku nak catch up ? Add Maths pun macam tu . Ya Allah . Aku tak tahu nak buat macam mana . Otak kacau , sebab tu lari pergi SAMSMILE semalam :)  Dalam dorm pun macam tu . Asalanya 12 orang dalam dorm then tambah aku jadi 13 orang . Odd number . Aku kawan dengan siapa-siapa je . Nak kata ade kawan baik tu , tak ade kut . Bukan tak ada , belum lagi . Rapat pun dengan budak form 1 . Kalau makan , solat , nak pergi prep semua dengan dia . At least ade kawan . 

Nama pun duduk asrama kan , jadi kena bangun awal . Aku bangun pukul 4 . Sebab tu rasa mengantuk dalam kelas . Ada la jugak terr tidur dalam kelas T.T  Soalan klishe , diorang mesti tanya aku sekolah mana , lepas tu aku jawab la dari Selangor . Diorang pun cakap , jauhnya , kenapa sekolah dekat sini . Aku dah hafal dah soalan diorang . Tiap hari tu ade la jugak sorang dua tanya macam tu kan . Penat nak jawap kadang-kadang . 

Di sana pastinya , loghat kedah berkumandang dekat telinga aku tiap hari . Sometimes rasa nak tergelak tau tak . Lawak . Haha  . Kalau belaar dalam kelas tu , aku rasa macam tak formal pulak . Tapi itu lah aku kena hadapi kan . Allah aturkan ini untuk aku . Aku kena terima dengan hati yang terbuka . Sekolah tu ade je yang pakai purdah . Kelas aku ade sorang . Name dia Sundus . Mak dia Arab ayah dia Melayu . 

Bila solat dekat surau , mesti ter ingat dekat SAMSMILE . Sebak hati masa tu . Rindu nak berjemaah dekat SAMSMILE . Aku tak tahu kenapa . Dekat sana kalau ambil wudhu' guna kolah . Harap suatu hari nanti SAMSMILE boleh buat macam tu eh :)

Act , semalam dengan hari ni ade ujian . Tapi aku tak nak ambil sebenarnye . Yelah , diorang belajar laju sangat . Aku nak catch up macam mana . Baru masuk dah nak exam , Serabut kut otak aku . Stress sangat . So , hari selasa tu aku pergi jumpa HEM cakap nak balik Selangor ade urusan belum siapakn . Aku taknak cerita selanjutnya , sebab ia sangat mebyakitkan hati aku . Sakit sangat . Takade tempat nak mengadu masa tu . Allah je yang ade . 

Kadang-kadang aku rasa aku tak kuat nak hadapi ujian ni . Tapi aku kena hadapi juga . Aku kena kuat sabar . Ya Allah , moga kau tabahkan hati aku ya Allah . Kau kuatkan lah iman di hatiku ini . Aku takut aku tak kuat :(

Sunday, March 3, 2013

Hometown .

Assalamualaikum . 

Balik dari BBST dgn Husna , jadi turun dekat rumah huna . Alya dengan Mum tumpang jugak . Masa nak tunggu mama sampai , borak-borak dgn Alya , Huna buat kali akhir . Nanti rindu nak borak dengan korang lagi . Masa borak-borak tu , macam nampak cikgu Ezura . Suruh huna pergi tengok . Betul la tu cikgu Ezura . Cikgu ambil anak cikgu , Adam . Instinct pelajar cikgu , selalunya tepat . 
Tanya cikgu pasal sijil koko , sebab nak balik kampung hari sabtu kan . Cikgu cakap cikgu dah siapkan , aku je yang tak ambil dekat pejabat sebelum balik hari jumaat tu . Allah . Tak ape la , suruh mama yang ambilkan hari isnin ni . InsyaAllah . Sempat la salam cikgu . Boleh pulak aku suruh cikgu salam aku macam aku buat dgn sahabat-sahabat lain . Serius , malu masa tu . Boleh pulak jadi macam tu . Huna dgn Alya boleh gelak . Allah . Maaf eh cikgu , fikiran agak kelam kabut masa tu , jadi semua tak betul .

Semalam lepas balik dari BBST , mama ajak pergi beli baju terus . Pergi Warta dgn PKNS . Beli baju sekolah . Tudung baru juga :) Sampai rumah dekat pukul 930 malam . Malam tu aku rush kemas barang yang nak bawak balik kut . Dah la penat . Allah . Nasib baik sempat sediakan hadiah untuk sahabat-sahabat . Semalam , masa nak bertolak balik Kedah , sempat singgah rumah Huna buat kali akhir . Nanti mesti rindu dia sangat-sangat :( 

Alhamdulillah . Selamat sampai ke kampung halaman yang bakal aku menetap . Indeed , I will miss SAMSMILE so much . Segalanya bermula di SAMSMILE :(

Friday, March 1, 2013

Akhirnya ,

Assalamualaikum . 

Dah masuk bulan 3 rupanya . Pantas masa berlalu . Ya Allah . Jika ini yang kau rancangkan untuk diriku , aku redha kerana aku percaya ini yang terbaik buat aku . Hari ni pergi SAMBBST . Ambil insentif bagi pelajar PMR . Alhamdulillah . 

Hari ni dekat sekolah penat sangat . Penat uruskan perpindahan . Turun sana , naik sana . Serius penat . Nasib baik SAMSMILE tak besar . Bersyukur dengan apa yang kita miliki :) Cikgu-cikgu tahu dah aku nak pindah . Dah nak pindah ni , Cikgu Ezura minta tolong . Best tolong cikgu . Mungkin itu buat kali akhir tolong cikgu Ezura . Aturan Allah itu hebat . Kenangan tolong cikgu :) 

Sampai je rumah , tak lama lepas tu surat tawran sampai . Tawaran dari SMKA Kedah . Alhamdulillah . Dapat juga . Dah lama tunggu . SMK Sultanah Bahiyah pun dapat . Tapi aku nak masuk sekolah agama . Apapun bersyukur sangat sebab Allah bagi sekolah agama . Surat tu menunjukkan yang aku kena daftar pada 3 Mac . Allah . Cepat sangat . Aku plan nak balik 9 Mac . Tapi aturan Allah itu lebih hebat , ditakdirkan aku balik awal . InsyaAllah esok awal pagi dah nak balik sana . Moga Allah permudahkan urusanku . Ameen .

Plan nak pergi ekspo buku islam esok dengan sahabat-sahabat . Najlaa , Huna , Alya , Min . Tapi Allah takdirkan aku tak dapat nak pergi . Kita hanya merancang , Allah yang tentukan . Apa aku boleh buat . Disebabkan kena balik esok , tak sempat nak minta maaf dengan cikgu-cikgu , sahabat-sahabat yang lain . Nak salam kalian . Aku manusia biasa yang banyak melakukan kesalahan . Maafkan aku kalian :(

Najlaa ~ Maaf tak dapat nak pergi ekspo buku esok . Bukan sengaja , tapi ini ketentuan . Aku kena pergi juga . Terima kasih atas segalanya . Thanks atas kenangan indah yang kau berikan untuk aku . Aku sangat menghargai . Nanti rindu nak gelak-gelak dengan kau :(

Husna ~ Jangan nangis bila aku tak ade . People come and go . Tabahkan hati . Maaf jika buat salah dengan kau . Kau kawan aku dunia akhirat . Thanks jadi sahabat aku . Aku rindu nak gelak-gelak dengan kau . Belajar pandai-pandai na . SMA bg Mumtaz . InsyaAllah . Aku sentiasa doakan kau . Moga kita dipertemukan suatu hari nanti . Sayang kau :'(

Dijah ~ Belajar elok-elok . Aku tak tahu yang sebenarnya hari ni hari last aku jumpa kau . Terima kasih sebab sudi tolong aku uruskan aku pindah tadi . Kau juga kawan kau dunia akhirat . Aku sayang kau . Doakan kejayaan aku di dunia dan akhirat . Maaf andai ada salah dengan kau . Thanks for everything :'( 

Kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri ini , 
aku minta maaf andai tersalah segala perkara yang menyinggung hati kalian . Aku manusia biasa . Maafkan aku . Semoga kalian di sana sentiasa berjaya , dan teruskan usaha . SAMSMILE sentiasa di hati , kerana di sana aku bermula . 

Kepada cikgu-cikgu yang mengenali diri ini ,
Saya minta maaf kalau buat cikgu terasa hati . Halalkan segala ilmu yang cikgu beri kepada saya . Berkati ilmu yang cikgu bagi . Nanti ada masa dan rezeki kita dipertemukan . Jodoh pertemuan di tangan Allah . Nanti kita jumpa . Terima kasih cikgu :)

Kepada ehem ehem :S
Ya Allah , jika dirinya untukku , satukanlah kami suatu hari nanti . Ameen .