Saturday, June 29, 2013

MoralValue :)

Assalamualaikum . 

Entry aku semalam . Lepas aku taip 1 : 5 , aku saja buka facebook untuk tengok-tengok . Then aku ternampak Her on the line . I tried to knock her chat box for having a conversation . 

And the thing that make me surprise was , her dah delete all her pictures . . 

It's good . 

Hope the entry will make sense . For others . 

Mungkin bukan sebab entry aku yang menjadikan dia sebegitu . Tapi itu semua kehendak Allah s.w.t. Aku hanya manusia biasa yang meluahkan apa yang lahir dari kotak pemikiran . Itupun daripada Allah s.w.t. 

Alhamdulillah . 

Anyway , this is about my friend . From samsmile . Guy perhaps ?

Minggu aku balik haritu , aku ternampak his tweet yang mengatakan dia nak pindah balik ke teratak samsmel . Agak terkejut juga la . Sebab ini kali kedua aku dengar cerita ni . 

Dia mintak aku number Ustaz Zul , our ex class teacher . Aku tak ada la tanya lebih lanjut sebab aku  bukan la penyibuk mana kan ? Masa tu aku tak tengok tweet dia lagi . 

Lepas aku tengok tweet dia tu yang aku tanya , why dia nak pindah kan ?

Dia sekarang dekat MRSM Baling . Aku dengan dia je yang kena drop dekat Kedah ni . 

Dia tak replay mesej aku pun . Then aku saja nak bagi advice , I sent his a message . Konon nak bagi advice la kan ( diri aku pun tak ter advice ) . 

I tried talk to him . Why nak pindah ? Aku pun rasa nak pindah samsmel jugak . Tapi aku fikir parents yang dah susah masukkan aku dekat Bahiyah . So why aku nak susahkan parents balik hantar aku dekat samsmel ? Lagipun , kita hanya ada setahun lebih untuk teruskan perjuangan ni . Kalau kau pindah , kau kena catchup SMA balik la kan ? Sekarang dah bulan 6 . ( masa tu aku ingat dia ambil science ) Then kau nak nak catchup for akaun . Apa yang penting kau kena ingat parents kau . Untuk setahun lebih je .

Aku tak ingat apa aku cakap dekat dia lagi . Tapi itulah yang antara aku ingat kut . Then aku balik hostel so , aku tak sempat nak baca mesej yang dia balas malam tu . MRSM kan boleh bawak handphone . 

Dia kata dia amik akaun and dia drop bio ( malu kut ) . Haha . He said thanks for the solution . 

So , Alhamdulillah . Dia teruskan perjuangan untuk setahun lebih . 

Last night aku mesej dia , tanya where and how about his . Dia kata , dia dekat Kubang Pasu ada program nadwah . 

Bagus la . Moga kita sama-sama berjaya :) Amin .

Friday, June 28, 2013

1 : 5

Assalamualaikum .

Hey . 

Keadaan yang membuatkan aku tertanya-tanya . 

Ini hanyalah daripada kotak pemikiran aku je . Mungkin other people tak pernah terfikir benda ni . 

Ada sorang tu , kenalan muka buku , mungkin ? 

She wears a niqab . 

A bit of jealousy . Sebab aku tak sekuat dia untuk berubah ke arah tu . Bukan aku tak cuba . Cuba . Tapi aku . . .

I don't know why . 

Indeed , she is beautiful . Because she's the one of Allah's creations .

I really hope that one day , I can ask her , "What is your purpose by wearing a niqab?"

Tapi bagi aku , memakai purdah bukan sekadar untuk menutup aurat ataupun mengelakkan fitnah tapi merupakan bagaimana kelakuan kita selepas memakai purdah . 

Dia cantik . Purdah membuatkan dia lebih cantik . 

I keep questioning myself what is the uses of niqab if you behave like that ?

Awak tayangkan few pictures dekat muka buku , then others comment , 

"cantiknya"

"Subhanallah"

And bit of worst is the comment was post by a man ?

Can I ask something ?

Apa niat masa mula-mula kita upload pictures to the wall ?

Aku tak sebaik dia yang memakai purdah .

Untuk memakai purdah kita kena mengawal diri daripada melalukuan perkara yang boleh merosakkan imej pudah itu sendiri . Dan aku takut jika aku merosakkan imej itu dengan kelakuan aku .

But I'm trying to be better . 

I hope one day , I can ask her . 

Bukan semua pemakai purdah macam yang aku cakapkan . 

1 : 5 of hundreds 

Maybe ?

Larian Bendang ?!

Assalamualaikum . 

Hey readers . 

Kadang-kadang tu terfikir juga , ada orang ke baca blog aku ni ? Kut la kan , selama ni syok sendiri je . 

Minggu ni aku balik rumahhhh . Akhirnya , aku tinggalkan tempat yang sometimes tu buat jiwa aku ni kcacu bilau . 

Then , rumah is the one . 

Okay . Ikutkan esok aku kena pergi Larian Bendang 2013 . Sejak aku pindah sekolah ni aku aktif semacam . Larian Bendang 7 km . Bagi masa 2 jam baru dapat sijil . Cikgu kata ni sebab peringkat kebangsaan . 

Aku ?!

So , rasa macam malas nak pergi pulak . Mula daripada Stadium Darul Aman ,  dan kena pusing sampai sekolah aku . 

So , bukankah itu rasa macam jauh ? 

Do not have any word to describe the situation . 

Aku pun tak faham kenapa . Haritu aku masuk sukantara . Sepanjang aku dekat Samsmel la kan , satu kali pun tak pernah pergi sukantara kut . Kalau pergi pun , tengok orang main je . 

Lompat jauh . Lontar peluru . Lari berapa ratus aku tak ingat . 

Tempat yang berbeza menyebabkan kita berbeza . Maybe ?

Yang aku tahu , habis tu habis . Just buat syarat je la . Tunjuk muka . 

Husna cakap ahad ni sukan tahunan dekat Samsmel . Rinduuuu la . Tapi Huna tak pergi . Balik kampung katanya . 

Okay la , anyway . Besukan la dengan sepenuh hati :)

Thursday, June 6, 2013

Life .

Assalamualaikum . 

Cuti dah nak habis dah pun . Sabtu kena balik hostel balik . Then , ahad sekolah . 

Teruskan perjuangan . 

Setahun lebih . 

Mind set : Kena kuat . Kena kuat . Kena Kuat . 

We are defined what we believe in .

Bukan manusia judge kita but Allah . 

Key of success : Patience . 

Normal jika berada di bawah . But not normal if always on upper .

So , 

Another key is Ready . 

Sedia mengahadapi ujian manusia yang tidak satisfied , maybe ? 

And , the Du'a . 

Without Him , we are no one . 

Seriously . 

Wednesday, June 5, 2013

Anthem .

Assalamualaikum .

Hai hai XD 

Apakah ini ? Haha . Mood ceria semacam je hari ni . Bukan hari ni je , tapi semalam pukul 3.30 petang pada 5 June . Dengar je bunyi pakcik posmen pinpin depan rumah terus bangun . Haha . 

Ingatkan surat ayah je , cendrehati pun ada . Hehe .  

Aku kan pemalu sikit nak keluar , so mak aku yang keluar tolong sign kan . Tapi dalan rumah , macam budak 3 tahun  dapat gula-gula je . 

Thanks to Najlaa sayang . Really appreciate it . Tapi , kenapa takde note ape-ape dari kau ?
Kau tahu tak , aku bukak-bukak je novel tu macam tak betul aku tercari-cari something dari kau . 

Tapi . 

Takade . 

Takape la , lupa kut .

Dah lama dah tertunggu tunggu novel ni . Dekat sini tak keluar lagi =.= lambatgila ~ Everything seems to-be late .

Anthem . 

Pada permulaannya , watak Dash ni lebih kurang dengan situasi aku je . Sentap dalam kut . 

Ingat senang KE nak biasakan diri tempat baru . Tempat yang kita tak biasa . And then kena hantar sekolah girls yang tak pernah kita pergi . All girls . Even Malay to Malay . Kita south yang lain north . Tetap ade beza , terasa asing .

Culture shock sekejap .

1 : 1000 

Whatever it is , itu bukan alasan kita nak down kan  ? 

Survive . 

Itu je . One word , deeply meaning . 

Bagi aku 10 minit nak berfikir . Aku KENA survive . 

Nak tak nak kena , untuk teruskan hidup .

Setahun 5 bulan kena habis kan , then kita travel . Mencari matlamat hidup untuk tiga bulan . 

Menggembara di bumi Allah . .

Tuesday, June 4, 2013

Ramadhan .

Assalamualaikum .

Sekarang dah masuk bulan Jun . Bulan 6 . Ternyata sudah enam bulan tahun 2013 berlalu . Bermakna . . .

Ramadhan . 

Bulan puasa . Dah dekat . Sangat la tak sabarrrrrr . Moga Allah panjangkan umur untuk kali ke 16 mengalami bulan Ramadhan . 

Dan tahun ni , aku akan berpusasa di asrama . 

Tingkatkan amal ibadah . Lalilatul Qadr . Moga ada peluang mendapat malam itu . 

Moga Allah kuatkan hati ini untuk teruskan perjalanan dan perjuangan ini . Amin . 

Monday, June 3, 2013

Sesal di Pintu Saqar .

Assalamualaikum . 

Hari sabtu haritu ada beli GenQ isu 22 . Tajuk isu kali ni Mencari Identiti . Nak kongsi satu tajuk yang terdapat dalam isu kali ni . 

Dialog penyesalan di Saqar .
Dalam surah al-Muddathir ayat 42-47 , Allah s.w.t merakamkan dialog penghuni Saqar yang berbunyi :

42 - "Apakah yang menyebabkan kamu terperosok ke dalam neraka Saqar ini ? "

43 - Mereka menjawab , " Kami tidak termasuk dalam golongan yang mengerjakan solat.

44 - " Kami juga tidak pernah memberi makanan ( berzakat ) kepada orang miskin "

45 - " Kami juga dahulunya selalu memperkatakan perkara yang salah bersama orang yang    
          memperkatakannya "

46 - " Dan kami juga sentiasa mendustakan hari pembalasan "

47 - " Sehinggalah kami didatangi perkara yang tetap diyakini ( mati ) . "

Bak kata pepatah , sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tiada gunanya . Ya . Penyesalan di pintu Saqar sudah tidak berguna lagi . Peluang kembali ke dunia untuk beramal soleh sudah tertutup buat selama-lamanya . 

Inilah penyesalan yang paling dahsyat bagi mereka yang tersungkur di Saqar . Siapa penghuni Saqar ?

1. Mereka yang meninggalkan solat. 

2. Golongan yang mengabaikan kewajipan berzakat .

3. Manusia yang bersekongkol dengan kebatilan dan menyebarkannya .

4. Orang yang menfikan kedatangan hari kiamat .

Penghuni Saqar
Jawapan yang diberikan merupakan pengakuan jujur oleh penghuni Saqar . Dalam kitab al-Tafsir al-Kabir menyatakan bahawa soalan daripada Allah berbentuk penghinaan kepada mereka . 
Pada ayat 43 dan 44 ada dua pandangan ulama yang mentafsirkan ayat ini . Antara yang disebut :

Imam Fakhruddin Razi - Mentafsirkan sebagai balasan mengingkari perintah wajib daripada Allah s.w.t.

Imam Ibn Kathir - Mereka diazab kerana mengabaikan hubungan dengan Allah menerusi solat dan cuai dalam menjaga hubungan sesama manusia melalui ibadah zakat . 

Ayat seterusnya merupakan golongan yang bersekongkol dengan kebatilan . Mereka membincangkan hal-hal yang tidak diketahui kebenarannya lalu diperluaskan . Hakikatnya ia penuh dengan pembohongan dan kebatilan . Inilah yang disesali oleh penghuni Saqar . 

Sesalan terakhir yang disuarakan oleh penghuni Saqar ialah mereka tidak percayakan akhirat sehinggalah mati datang menjemput mereka . Patinya mereka yang tidak meyakini akhirat dan hari kematian sahajalah yang mampu melaksanakan siri-siri keingkaran dalam hidup mereka di dunia .

Saqar Bukan Pilihan.
Sebelum itu , dalam surah yang sama pada ayat 25-30 , Allah s.w.t. telah memberi gambaran tentang Saqar . Kengerian Saqar disebut oleh Ibn Kathir dengan mengatakan penghuninya akan ditenggelamkan dalam Saqar dan dibakar sehinggat tidak meninggalkan sisa daging , urat dan kulit pada tubuh pendosa .

Bahkan Saqar membakar segenap kulit mereka sehingga hitam legam dan Saqar itu diawasi oleh 19 malaikat daripada malaikat Zabaniah yang bersifat kasar . 

Ternyata Saqar bukanlah pilihan . Sebelum kita meninggalkan solat dan tergamak melihat fakir miskin yang terbiar melarat di sekeliling kita , bayangkanlah Saqar sebagai tempat kembali .

Jagalah lidah daripada menyampaikan berita-berita palsu dengan meyakini kepastian wujudnya akhirat . Jika tidak kita cuba menempah tempat di Saqar .

Pastikan pengakhiran kita baik dan indah , bukan penuh penyesalah . Bersedialah menghadapi kematian dengan rasa gembira bertemu Al-Rahman . 

Rasa banyak sangat dosa masa baca artikel ni . Ya Allah , moga kau jauhkanku daripada nerakaMu . 
Amin . 

Sunday, June 2, 2013

Jangan Ijab Terhijab .

Assalamualaikum . 

Nak kongsi sikit daripada buku yang aku baca , nukilan Pahrol Mohd Juoi :)

Dahulu melafaz kabul, "aku terima nikah". Sebentar tadi baru melafazkan hijab, "aku nikah akan dikau, " Puluhan tahun berlalu . Jarum waktu bergerak begitu laju dalam arlogi takdir dan tadbir . Kalau dahulu hatiku berrgetar kerana menerima tanggungjawab , kini hatiku bimbang kerana "melepaskan" tanggugjawab .

Bagaimana, mampukah aku mendidik isteriku ? Begitulah resah suara hati ketika tanganku bersalaman dengan kadi puluhan tahun lalu . Sejuk dingin , terasa meresap ke seluruh anggota , Sejak saat itu "masjid" yang dibina menagih seribu usaha , sejuta setia . Telah banyak kepedihan yang ditagih menjadi baja keteguhan . Hidup tidak selalu indah kerana disitulah keindahan hidup . Yakin hakikat itu .

Jika matlamat telah tepat , apakah ada pilihan lain selain meneruskan perjalanan ? Layang-layang hanya naik apabila melawan angin bukan mengikutnya . Dan begitulah jua hidup ini , dengan ujian barulah naik darjat kita di sisi Ilahi . 

Hidup selagi hidup . Jangan hidup sebagai bangkai bernyawa yang hilang semangat dan upaya . Kata bijak pandai , " Jika tidak ada apa yang boleh menggembirakanmu , jika tidak ada apa yang boleh menyedihkanmu dan jika tida ada apa lagi yang ingin kau perjuangkan dalam hidup , itu petandanya kau sudah mati . Zahirnya sahaja kau masih bernyawa tetapi hakikatnya kau adalah "mayat" dalam keranda maya .

Alhamdulillah . Hingga kini aku masih mampu menangis dan ketawa , masih menyala cita-cita dan harapan . . petanda aku masih hidup . 

Itu ceritaku sewaktu bernikah dahulu . Tetapi kini cerita anakku . Maaf , hakikatnya ini bukan ceritaku tetapi cerita kita - rumah tangga ayah ibu sebagai pantulan rumah tangga anak menantu . 

Ketika kulepaskan kalimah ijab , baru kusedar bahawa kekadang "melepaskan" tanggungjawab adalah lebih berat daripada menerimanya . Apakah anakku ( dan anakumu jua ) akan tega dan rela menjadi isteri sesetia ibunya ? Apakah dia akan menerima segala kekurangan suami sebagai kesempurnaan dalam rumah tangga ?

Tempoh bulan madu akan segera berlalu . Pelangi yang kelihatan indah di atas kepala akan mula berarak ke kepala orang lain . Ingat pesanan ayah ibu sejak dahulu : Kebaikan mesti bermula daripada kita . Hukum lantunan kehidupan tidak akan pernah berubah - orang yang pertama mendapat manfaat daripada satu kebaikan ialah orang yang melakukannya . 

Memberi akan lebih gembira daripada menerima. . dengan syarat pemberian itu bdisertai kasih sayang . Andai rumah tanggamu nanti diiuji ( ingat , ini pasti ) dan kau berdua tidak lagi segembira saat ini , renungilah kata-kata ini : Itu petanda kau sudah kurang "memberi" - memberi kasih sayang , perhatian , masa , doa dan segalanya .

Lalu di hari bahagiamu ini ketika disatukan , ayah ingin berpesan . Inilah pesanan ayah seadanya :

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang . Segala Puji bagi Allah Tuhan sekalian alam . Syukur ke atas anugerahNya yang melimpah tanpa dapat dihitung apatah lagi dibalas oleh hamba-hambaNya . 

Selawat serta salam kepada Nabi Muhammad s.a.w yang telah menunjukkan teladan yang baik sebagai seorang anak , suami , ayah dan datuk yang berjaya memimpin keluarganya demi kebahagian dunia dan akhirat . 

Hari ini adalah hari yang paling bermakna buat ayah . Alhamdulillah . Sebentar tadi telah sempurnalah ijab kabul anak ayah . Semoga pernikahan ini diberkati Allah dengan kebahagiaan berpanjangan dari dunia hinggalah ke syurga . Amin .

Sebagai ayah , hati kecil ini gembira bercampur sedih . Gembira kerana anak ayah telah mendapat pasangan pilihan hatinya dengan direstui oleh ayah . Sedih kerana ayah terpaksa melepaskan anak perempuan ayah yang selama ini menyejukkan dan mendamaikan hati ini . 

Sebentar tadi telah berpindahlah amanah dari tangan ayah kepada menantu ayah . Ayah doakan amanah ini akan dijaga dengan sebaik-baiknya . Jauh di sudut hati ayah , ayah tetap yakin , Allah tidak akan mensia-siakan harapan itu kerana engkau adalah anak yang baik . Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang baik . InsyaAllah .

Pesan ayah kepada anakanda yang dikasihi . . 
berilah ketaatan dan kebaikan selama ini kami rasai kepada suamimu nanti . InsyaAllah , kami juga akan turut merasai keberkatan dan kebahagian itu . 

Dan ayah yakin , walaupun telah mendirikan rumah tangga sendiri , kau dan suamimu akan terus berbakti kepada kedua ibu bapa seperti biasa malah akan meningkat lagi . InsyaAllah . 

Pergilah . . Ayah rela . Allah bersamamu . Doa ayah mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti . Moga kau akan dijaga oleh suami sebaiknya seperti ayah menjagamu . Ayah akan bersangka baik , justeru Allah itu menurut sangka hamba-hambaNya . Bila kita bersanga baik , kita akan mendapat yang terbaik . Moga suamimu akan menjagamu seperti ayah menjaga ibumu . InsyaAllah .

Apa yang seorang ayah mengharapkan kepada puterinya . Jadilah anak yang solehah sebelum ayahmu melepaskan tanggungjawab . Sepanjang keadaan ini , ayahmu yang bertanggungjawab ke atasmu . Menjaga dan mendidik kita untuk menjadi anak yang solehah agar suatu hari nanti kita dapat menjadi juga isteri yang solehah . 

Indeed before we married , our Jannah is under our mom feet . But , after we married , our Jannah is under our husband-to-be feet . 

Saturday, June 1, 2013

Her ^^

Assalamualaikum .

Demam . Salah satu cara Allah nak menghapuskan dosa kita . Jadi , sabar . Jangan mengeluh . Baru demam tak mati lagi kan ? Suara macam penyanyi rock je sekarang ni . Haha . Takape la , Alhamdulillah . Masih ada suara . 

Semalam , sahabat baik saya call . Betapa gembiranya aku dapat cakap banayk . Sejak duduk sini tak pernah jadi mulut murai dengan classmate . 

Husnaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !! 

Betapa aku rindu sangat dekat kau . Bila kita nak jumpa ni kan , nak jalan sama-sama . Ohhhh rindu nya . Tak sabar nak tunggu waktu itu tiba :D

Huna , belajar rajin-rajin . Aku bangga kalau kau dapat mumtaz untuk SMA tahun ni . Kau boleh buat punya , aku yakin kau boleh , so kau mesti yakin jugak kau boleh ! 

Husna boleh ! XD

Na , kalau kau ambil STAM kan , aku salute la . Aku tahu STAM bukannya senang . Then kau pergi la Jordan . Wahhhhh . Dengan banganya aku pergi KLIA nak hantar kau :D

Okay . Terrrr over pulak . Haha .

Apa pun kalau itu pilihan yang terbaik , go on . 

Istikharah . Istiqamah . Itu penting . Jangan tinggalkan eh :)

Kalau kau minat multimedia , move on . Tapi multimedia buat ape ? Aku tak tahu bab multimedia ni . Kau tanya la yang lebih pandai k . Apa pun semua bergantung pada niat . Kalau niat betul , InsyaAllah semua nya smooth je :) 

Cuti SPM aku balik sana . Tunggu aku . Haha . InsyaAllah aku balik . Doakan la aku jadi balik ye . 3 bulan kut , tunggu result . Lama tu . Time tu hangout la banyak mana pun nak . Haha . Ambil lesen moto siap-siap . Senang nak merayau . Haha . 

Belajar rajin-rajin la eh . Aku tak dapat nak ambil SMA , jadinya aku dapat bangga dengan result kau tu je la . Hehe . Jangan kecewa kan aku . 

Best  of luck , Husna . Love you ~