Monday, May 18, 2015

Begin a new journey.

Assalamualaikum.

Mengemas rumah yang tidak berpenghuni ini. Yang tidak ada pembacanya, yang direka hanya untuk suka-suka. Yes, Suka-suka.

Tak tahu la ini post yang terakhir buat masa sekarang atau pun tidak. Yang pasti tak tahu lagi bila nak post apa-apa. Sebab malu rasanya sebab orang update untuk berdakwah. Tapi diri sendiri yang hanya tentang kisah peribadi yang rasanya sampai bila pun tak habis kisah ni. Ya Allah, ampunilah hambamu ini.

Ramai kawan-kawan dah sambung study. Ada yang pergi bidang kemahiran walaupun 7A. Ada yang pergi STPM. Ada yang akan sambung asasi, dan diploma. Dan aku hanya sambung Matrik di Changlun. Itu rezeki. Allah dah tetapkan untuk hambaNya. Point pertama, Syukurlahh apa yang ada.

Orang kata Matrik kena fight kuat sikit.. Sebab ramai orang pandai kebelakangan ni. Ye. Tak dapat dinafikan. Dan orang juga kata budak matrik paling susah masuk uni untuk apply degree berbanding diploma dan form 6. Kata aku. Rezeki Allah itu luas. Kita kena usaha segagah mungkin agar dapat tempat kosong di uni nanti. Lagi pun Allah itu ada. Tak payah nak risau, sebab Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita, Next point, keep positive. Allah will be with you. Always.

Orang kata, Akaun punya course ramai students yang ambik. Takut2 nanti tak dapat kerja. Lagi sekali, aku kata, Allah tu ada. Sentiasa. Rezeki Allah itu luas. Yang penting usaha. InsyaAllah. Ada kerja yang baik untuk kita. Itu semua cerita esok yang aku kira tak perlu nak kira sangat. Yang penting hari ni. Agar hari ini dilaksanakan sebaik mungkin. Dari segi segala angle. Ibadah, amalan harian. InsyaAllah. Esok kita improve lagi berbanding hari ni.

Untuk independent di luar sana agak mencabar. Moga Ya Allah, Kau permudahkan urusanku. Hadirkanlah sahabat yang dapat membawa aku ke jalanMu. Yang dapat menarikku bila aku hampir jatuh ke neraka. Jauhkanlah aku daripada melakukan perkara yang mungkar. Aamiin.

So conclusion nya, be tough where ever you are. La tahzan. Inna Allah maa'na.

Thursday, April 2, 2015

Along akan rindu Nisah. Sampai bila-bila :')

Assalamualaikum.

Ya Allah. Moga kami sekeluarga tabah menghadapi ini.

Pada 1 April jam 9:37 pagi, sepupuku telah kembali ke Penciptanya.

Ya Allah. Sedih tak terkata. Sedih sangat. Aku yang hanya sepupunya pun sedih, apatah lagi mak nya. Ibu yang bersusah payah melahirkannya. Ibu yang menjaganya dengan sepenuh kasih sayang pada waktu kecil hingga sekarang. Ibu yang memberi makan kepadanya.

Ya Allah. Berilah kekuatan pada makngah.

Kematian tidak mengira umur dan waktu. Dan sepupuku telah pergi pada umur 12 tahun. Hampir 26 hari dia di dua hospital yang berbeza. Akhirnya dia pergi juga. Pergi dengan tenang. Pergi dalam tidur. Sebab waktu tu dia di dalam keadaan bius.

Aku pasti rindu dia. Dulu waktu kecik-kecik dia rapat dengan aku. Tapi bila masing-masing dah sekolah tak berapa nak rapat dah. Tapi waktu dia stay hospital dekat Alor Star, hampir tiap hari aku pergi tengok dia. Waktu tu kuat lagi. Hari terakhir dia di hosp AS sebelum nak pergi hosp Peneng pun aku tengok dia.

Aku tak pernah borak dengan dia waktu dekat hosp. Tanya dia sakit ke tak. Sebab aku takut nanti aku yang menangis, Aku tak boleh tengok orang sakit, sedih. Masa dekat hosp Peneng, dia makin kritikal, masuk ICU dan akhirnya dia pergi jua.

Kami akan ingat dia. Sampai bila-bila. Moga Nisah damai di sana ya. Kita jumpa di syurga sana ya. Tunggu kami semua.

Al-fatihah.

Thursday, March 26, 2015

Bermulanya perjuangan.

Assalamualaikum.

Hari ni hari HAC untuk Batu 5. HAC adalah sebab terakhir yang aku dapat datang ke sekolah. Lepas ni bukan tak pergi. Mesti pergi kalau nak jumpa cikgu.

Tapi waktu tu tak tahu bila. Sebab lepas ni pasti sibuk. Dan tak tahu pula lepas ni nak kena hantar dekat mana.

Bila terlalu banyak options yang datang, sampai diri ni tak tahu nak pilih yang mana. Adakalanya, takut untuk membuat sesuatu decision. Takut tersilap langkah dan arah.

Tapi tak perlu risau. Sebab Allah itu sentiasa ada. Islam is the way of life. Its taught us Istikharah. Dan aku sangat beruntung bila fikirkannya. Alhamdulillah.

Sekarang, adalah waktu untuk membuat pilihan  yang tepat. Yang semua pihak izinkan. Moga jalan lepas ni Allah mudahkan. Aaamin.


Kenangan ini akan diingati, hingga akhir hayat.


Tuesday, March 17, 2015

Tamatnya sebuah kehidupan.

Speechless.

Bila wall facebook terpapar, post yang pertama aku nampak, dari kalangan kawan aku.

"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un."

Tiba-tiba rasa terkejut, menggigil. Dia dah takada. Dah pergi. Buat selamanya. Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa. Dia seorang kawan aku juga. Satu sekolah rendah walaupun sekolah menengah lain-lain. Waktu darjah enam, kita agak rapat juga. Tapi zaman tu dah lama meninggalkan ke belakang, 

Dekat muka buku, aku selalu nampak dia online. Tapi tak pernah nak rasa untuk chat. Tapi pada 15 Mac 2015, dia pergi ke rahmatullah. 

Allahuakbar. Ya Allah.

Setahu aku, dia accident, lepas tu koma. Dan, tak lama lepas tu dia pergi untuk selamanya. Ya Allah, Sungguh mati itu tak tunggu kita untuk sesaat pun. Melihat dia, membuatkan aku renung diri. 

Adakah cukup amalanku selama ini? Adakah ada tempat ku di syurga nanti? Sungguh. Rasa takut menguasai diri ketika ini. 

Mati itu tak kira usia. Pada umur 18 tahun dia diambil oleh Penciptanya. Ya Allah. Aku tertanya pula, bilakah ajal ku nanti? Adakah ketika ini? Adakah aku dah bersedia untuk itu?

Ya Allah. Ya Allah. 

Semoga roh dia di kalangan orang yang beriman. Aku kenal dia. Dan dia pun kenal aku, Kehilangan seorang kenalan membuat aku takut. Tapi, kematian itu pastikan? Semua akan menghadapinya. Termasuk aku.

#Al-fatihah.

Sunday, February 22, 2015

Latest.

Assalamualaikum.

Lama rasanya tak tulis apa-apa di sini. Cuti lama tapi tak tahu nak tulis apa. Lagipun blog ini dibina bukan untuk di'populariti'kan. Haha. Dibina atas dasar mengisi masa.

Last update tahun lepasss. Haha. Lama kut. Lagipun blog ni takde orang baca, aku rasa? Lagipun bukan semua cerita kita nak kena tulis. Bukan semua nak kena cerita. Dan untuk menulis mesti kena bagi inspirasi dekat orang. Rasa macam belum mampu untuk ke arah tu. Diri sendiri kena atur dulu :D

Wahhhhhhhhh . .  Result SPM dah nak keluar. 3 Mac nanti. Pasti aku takut untuk itu. Takut tak dapat apa yang diimpikan. Tapi tak pernah nak risau kalau frust jika tak dapat macam yang kita nak. Sebab Allah itu Tuhan kita. Allah itu ada. Dia yang paling tahu apa yang terbaik buat kita.

Lepas ni sambung mana? Ahha. Itu kena tanya rezeki. Tak tahu dapat mana. Yang penting kalau dapat mana pun, asalkan kita niat nak belajar. Everything smooth, huh? Tapi ayah aku kata, dia nak aku dekat dengan keluarga. Kalau boleh jangan jauh-jauh. Hmm. No comment about this ^^

Semoga segala urusan berjalan lancar. Dan InsyaAllah. Allah permudahkan. Kerana Allah itu sentiasa dekat dengan kita semua. No doubt :)