Tuesday, December 30, 2014

----speechless----

Assalamualaikum.

Dapat satu mesej daripada salah seorang sahabat. Sahabat lama. Yang lama tak jumpa, setahun. Pernah menjadi salah seorang classmates waktu form 4.

Nama dia *tut*. Dia seorang daripada kawan. Tak tahu nak describe macam mana, walaupun tak selalu contact, tak selalu jumpa, rasa ingin tahu khabar tentang dia. Selalu juga hantar mesej untuk tanyakan khabar tapi tiada jawapan.

Dan tadi. . . Dapat satu mesej dari dia. Dari laman muka buku. Terkejut juga. Lama tak dengar cerita daripada dia. Dan tadi satu mesej dia hantar.

Dia kata nak pergi Sudan.

*speechless*

Dah lama tak dengar khabar, dan tiba-tiba terus nak pergi Sudan? Serius aku agak terkejut juga la. Sebab, ingat dekat ke? Jauh kut. Sudan dekat dengan Mesir sana tu. .

Dalam hati, Ya Allah.. khabar apakah ini?

Dari sudut hati aku tak berapa nak setuju. Sebab jauh. Jauh dari family. Dan dia perempuan.

I had call her to figure out what happened.

She: Its my own decision.

Aku macam susah nak percaya. Lagi tak percaya sebab dia dah buat visa, pasport, dan tiket dah beli dah pun. Takkan nak burn tiket kut.

Ikutkan hati aku nak cuba pujuk dia kata tak payah pergi, sebab entahlah. Aku risau? Jauh. . . Dia kata ada 50 orang je students Malaysia dekat sana. Perempuan 11 orang.

Hmm. Tapi apakan daya, itu keputusan dia. Aku kena support. Sentiasa doakan yang terbaik dekat dia. Mak ayah dia pun okay, siap offer lagi, takkan aku yang bukan sesiapa ni pun nak kata tak okay kan?

Dia study Arab dekat sana. Dalam hati, (aku bila lagi?).

Dia pergi tarikh result SPM dikeluarkan. Dia ada juga ajak aku, pergi sekali dengan dia. Hahaha. Lawak apakah? Aku pergi Sudan? Ok. Forget it.

Lagi pun, dari segi positifnya. Ini bumi Allah. Dekat mana pun kita, Allah sentiasa ada untuk kita. Sentiasa jaga kita. Yang penting sentiasa tabah. Alhamdulillah, dia ada kenalan di sana. In Sya Allah. Allah akan mudahkan.

Ya Allah. Kau permudahkanlah urusan sahabatku itu walau dimana jua dia berada. Kau lindungilah dia dari sebarang perkara buruk. Dan teguhkanlah hatinya kepadaMu sahaja. Aamiin.

Dan aku pasti merinduinya nanti :') Hakikat hati yang tak dapat dielakkan. Sahabat, tough ey?

Monday, December 29, 2014

thinkback~

Assalamualaikum.

Eh. Cuti sekolah dah nak habis rupanya. Lepas ni amanlah rumahku syurgaku ni, sebab adik-adik aku semua sekolah kan. Aku tanam anggur belakang rumah je.

Adakalanya tetap bosan. Sebab tak tahu nak buat apa. Kenapa aku tak kerja? Cari duit? Sebab better duduk rumah. Tenangkan fikiran dan jiwa. Sebab lepas result SPM keluar terus kena naik kuda, angkat senjata, dan mulakan perang. Ahh. Takut jugak bila fikirkan. Yang pasti mesti jauh dari rumah. Homesick again.

Throw back time. Waktu zaman betul-betul lepas dapat result PMR.
The time that I need to make the best decision in my life.

Sains tulen? Teknikal? Sastera? Akaun?

Seribu satu yang ada. Tapi aku pilih?

"Rahsia" (kononnyala) Yang pasti aku tak pilih science stream la. Ramai tanya kenapa tak melangkahkan kaki kanan ke science stream. Aku pun tak tau la. Tiba-tiba kaki ni gerak ke kelas sastera. Ok. Fine. Aku ambik sastera.

No physic , no biology, because no chemistry.

Btw. This is me. Ini semua sudah ditentukan sejak azali lagi. Akaun yang aku minat tu pun aku tak ambil. Sebab waktu kritikal tu, aku hanya menerima apa yang diberi dan mengambil dengan hati yang terbuka apa yang di'offer'.

Setahun dah berlalu, dan SPM pun sudah selamat diduduki. Apa yang penting sekarang, doa dan tawakal. Semoga mendapat rezeki result yang cemerlang :)

Sunday, December 21, 2014

Semangat Malaysia!

Assalamualaikum.

Walaupun dah berlalu beberapa belas jam yang lepas, tiba-tiba rasa nak update jugak pasal bola semalam. Haha.

Okay.

Aku bukan fanatik bola macam orang lain. Yang tengok sampai pukul dua tiga pagi. Aku cuma minat bila Malaysia main je. Haha. Semangat tak?

Walaupun kalah kan, tak dapat piala. Itu namanya kalah selepas berjuang la. Ada kesungguhan untuk mendapat gelaran juara tu. Tahniah kepada semua. . . .

Aku tak sedar pulak, yang bila tengok bola je, mulut ni tak berhenti bercakap (nampak tak cara bg sokongan tu?) Haha. Okay. Nampaknya tak boleh pergi ke stadium.

Okay. Harimau Malaya yang aku respect. Indra Putra. Wahhh~ Haha. Menerima teguran dengan terbuka. Lepas orang tegur pasal style rambut dia je, terus dia botakkan. Terbaik lah.

Dan, akhirnya tamat sudah Piala AFF 2014. Walaupun tak dapat merelakan Thailand menang, tapi itulah ketentuan Allah Taala.

Apakan daya tiada rezeki,
Yang pasti ada usaha,
2016 ada lagi,
Kemenangan pasti milik Harimau Malaya.




Monday, December 8, 2014

Travelling

Assalamualaikum.

Selongkar  di segala sudut serebrum untuk mencari idea apa yang perlu dilakukan untuk isi masa lapang. And lastly, I just found,
updating
So, takpelah. Aku nak update apa eh. Blog ni bukan ada orang baca pun. Haha. Syok sendiri je ni. Ha, one of my dreams.
Travel Around The World
Takdelah around the world sangat kan. Cuma teringin la nak travelling kan. Especially dengan family and sahabat. Tapi masalahnya la aku ni bukan la Orang Kaya Baru kan. Jadi, untuk mencapai impian itu haruslah bekerja keras.

Yang penting kena ada lots of money la. Kalau duit takde jangan mimpi la nak travel, dalam Malaysia pun tak lepas. Tapi takpe. In Sha Allah. Akan ku pastikan impian ini tercapai.  Maybe 10 years later habis Asia aku round? Siapa tahu kan. Allah lebih tahu segalanya.

Prinsip aku la kalau nak travel around the world, kena la menziarahi Baitullah dulu. Kalau tak apa guna pergi sana pergi sini kan? Kita buat umrah/haji dulu, then baru tengok bumi Allah yang luas ini :)

Especially to my sahabat kan yang dah janji nak travel sama-sama dengan aku (Husna, Alya) Jom kita pergi ,


Nami Island-Korea



Saturday, December 6, 2014

B.U.K.U

Assalamualaikum.

Hari ni hari sabtu. Esok Ahad. 

Alya masuk PLKN esok dekat Tapah.  Sahabat, take care eh? Moga selamat pergi dan balik. Antara sahabat aku, Alya sorang yang dapat PLKN. Itu maknanya dia paling bertuah di kalangan orang yang bertuah. (Tak tipu eh)

Sejak habis spm ni aku tak tau nak buat apa sebenarnya. Aku cuba godek rak buku balik. Cuba cari buku apa yang belum katam lagi or baca sekerat je. And lastly, I found "Kuasa Kepimpinan Al-Fateh" 

Buku tu one of the special books aku. Lagi-lagi buku tu is a present from my beloved sahabat. Siapakah sahabat itu? Semestinya , Dia . Haha . Dia dah baki dua buku dekat aku. Aku je tak bagi buku untuk dia lagi. Bukan tak nak bagi. Cuma kekangan duit lately ~

Buku tu syok kut. Aku baru baca few pages. Tapi ada je anasir luar yang suka menganggu aku untuk membacanya. Sikit-sikit panggil. Ahh, stress. 

Apapun aku harap dapat beli satu buku nanti. Pasal Sultan Al-Fateh dengan Dracula tu. Teringin nak baca. Tapi sampai sekarang takde rezeki untuk menemuinya.  

Kalaulah duit tu turun dari langit kan? Nampaknya, fantasi ni tak aka terjadi. Hmm ~

Tuesday, December 2, 2014

Last paper (ICT)

Ehem. .   Ehem . .

Awan mengeluarkan air matanya renyai-renyai. Waktu last paper je, hujan dah membasahi bumi. Macam tau-tau je perasaan last moment in school kan?

Tapi, deep inside tak la sedih sesedih awan mengeluarkan air matanya. Terlalu personafikasi aku rasa. Cuma mungkin jiwa dan perasaan seperti awan yang menanggung beban air yang begitu banyak. Betul ke?

Ah, bila fikir balik zaman sekolah dah habis. Dah 12 tahun berjihad. Lama tu.  Lots of things happened. After this, there are lots of thorns I guess. Too much hyperbola.

Maksudnya, lepas ni seribu satu jenis duri lagi nak kena hadap. So,  jihad ni akan berterusan hingga liang lahad. Yea . .  sangat takut untuk menghadapinya. Diharapkan tidak seperti seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing.

Kawan zaman sekolah akan terus diingati. Segala pertolongan waktu susah dan senang sangat dihargai. Moga kawan seperti kalian tidak pupus ditelan zaman. Kawan-kawan yang sangat membantu waktu di Batu 5. Thanks a lot. Especially for Jia, Syaza, Farhana, and others 5K1 and 5SC.

Since, I had schooling everywhere so I have lots of friends. In Samsmel, Bahiyah, Batu 5. Too many ~

I will remember our memory. Thanks for everything. Teachers, friends, environment. Selagi kepala boleh ingat, In Sha Allah akan terus diingati.

Farewell school days ~




Tuesday, November 25, 2014

Al-fatihah

Assalamualaikum .

Setelah sekian lama tak update , telah terkumpul satu hikayat . Cehh . Tipu lebih .
Jom sama-sama kita ucapkan Alhamdulillah sebab Allah masih beri kita nyawa dan udara untuk meneruskan hidup ni .

Ajal dan maut itu ketentuan Allah kan ? Baru-baru ni pakcik yang buat air kat kantin sekolah aku meninggal dalam accident . Allahu . Kawan aku ada kata , pakcik tu dia ada tanya soranG cikgu laki pagi tu, "Azab dalam kubur tu macam mana agaknya?"

Moga-moga arwah pakcik tu di kalangan orang beriman . Aamiin .

Tengok-tengok petang tu dia meninggal . Kita ? Bila kita tak tau .

Tapi kadang-kadang tu rasa diri ni terlalu mengingati dunia . Sedangkan mati tu di hadapan je . Susahnya nak timbulkan kesedaran dalam diri kan ? Ya Allah .

Tuesday, October 21, 2014

Somehow ~

SPM dah nak dekat . 

Pejam celik pejam celik dah hujung tahun rupanya . kan ? Rupanya dah setahun dekat batu 5 . Teringat  masa awal-awal masuk dulu , awal tahun . Setiap kali langkah kaki masuk dalam sekolah je , selalu mintak Allah jaga kan hati . kuatkan hati . 

Akhirnya, Allah kuatkan hati ni sampai hujung tahun , sampai hari ni . semua yang berlaku sampai hari ni hanyalah ihsan dari Allah Taala . Semuanya yang ada Allah bagi . 

Kawan-kawan , cikgu-cikgu . Kawan-kawan bukan setakat 5K1 je . semua kelas ada :) Lepas ni zaman sekolah dah nak habis . Ah, mesti rindu . Rindu nak pergi sekolah . Rindu nak jumpa kawan . And , admire . Salah tulis pulak :S 

Eh cakap pasal admire ni , sejujurnya aku takde stalk sape-sape pun (tipu) . Haha . Tipu la sangat kalau takde stalk sape-sape pun kan . Ada , budak 5sc . Akhirnya , tak pecah di mulut pecah di laman blog . (Harap takde budak 5sc yang baca)

Cakap pasal aku stalk sape ni , kadang-kadang tu aku rajin jugak terserempak dengan dia , Tapi buat-buat tak rasa apa . Tapi dalam hati (apesal la aku boleh selisih dengan dia ni) . Kan kena masuk kelas dia waktu Addmaths . Tiap kali nak masuk kelas tu je mesti malu . Padahal dah banyak kali masuk . Tak faham aku . Jantung ni bukan main laju lagi .

Sepanjang zaman aku sekolah la , sampai dah nak habis sekolah ni . Tak sangka ada orang nak masuk line . Yelah , aku rasa semua benda tu terganggu . Lebih baik focus untuk belajar . Siap mintak no phone lagi . Ada yang bagi coklat pun . Haha . serius kelakar . Tak pernah orang bg aku coklat lagi-lagi lelaki . Coklat tu aku pass dekat kawan , tak makan pun . Maaf la ye . .

Semuanya kenangan . Banyak lagi nak story . Tapi tunggu la lepas spm . 

K , Assalam :)

Wednesday, July 30, 2014

EidulFitri :)

Assalamualaikum .

Rasa nya masih ada masa untuk ucapkan SALAM AIDILFITRI . Maaf Zahir dan Batin ye .

Alhamdulillah . Tahun ni raya ala kadar je . Tahun ni raya dekat Kedah je . Tak balik Desa Putra pun . Kadang-kadang ada hikmah tak dapat balik beraya . Allah tu lebih tahu apa yang kita perlu .

Dekat sana ada family . Dekat sini pun ada family . Takde beza pun . Mungkin yang beza adalah suasana .

Persiapan raya ? Alhamdulillah .

Semua sibuk tayang gambar raya . Aku takde gambar yang nak ditayangkan pun .

Privasi itu penting .

Dengan kesempatan ini ,

Selamat Hari Raya Aidilfitri . Semoga ceria selalu :)

Ada kesempatan , Syawal tahun depan kita jumpa lagi . Mungkin ada banyak gambar yang dipetik ? Mungkin bilangan family makin ramai ? Takde siapa yang tahu . Melainkan Allah :)

Assalam :)

Saturday, June 14, 2014

Laaaa ~

Assalamualaikum .



Alhamdulillah . Diberi kesempatan untuk mengupdate ^^

Rasa lepas ni mesti takde time kan update bagai . Hmm . Memang takde pun :D Sebab lepas ni kena F.O.K.U.S . Ahahaha . Tapi kalau rasa terdesak nk menaip mungkin update jugak nanti .

SPM dah dekat . Ceh , buat rasa takut je . Takut la sikit .

So , lepas ni kena berperang dengan buku .

Okay . Maassalamah :)

Sunday, June 8, 2014

Dari hati . .

Assalamualaikum .



Rasa macam nak kongsi sikit apa yang berlaku hari ni kan . Ceh , kata macam benda yang besar jadi je . Tapi tak pun . Mungkin tak besar di mata tapi memberi kesan yang besar dekat hati .

Aku pergi Penang hari ni .

Serious , semua macam tak pernah tengok laut . Haha . Bukan tak pernah tengok cuma terlebih teruja . kut . Kitorang naik jabatan Pulau Pinang . Haha . Kecoh je dalam kereta tadi . Yelah , bukan senang nak pergi sana semata-mata kalau takde apa-apa urusan kan .

Sebenarnya , tujuan ke sana utk pergi ke hospital . Ziarah adik sepupu . Dia kena SLE . Stay dekat I.C.U . Okay . Memang menggigil la lutut nak masukkan . Takut sebenarnya nak masuk tadi . Takut air mata ni jatuh . Takut menangis .

Dalam wad tu ada tiga orang je . Dua baby . Satu lagi sepupu aku la kan . Okay . Masuk-masuk je nampak baby tu .

Allahu .

Nak nangis . Sebab . . .

Dia baru nak hidup dekat dunia . Baru nak survive . Tapi dah kena buat pembedahan jantung . Allah . Tiba-tiba rasa bersyukur . Bersyukur sebab zaman aku membesar Allah tak uji sebegitu . Allah tak bagi mama dan ayah untuk terima ujian seberat tu . Rupanya diri ni terlalu beruntung .

Rasa simpati . Rasa sedih . Allahu . Rasa nak sentuh je baby tu tadi . Tapi takade kekuatan . Takut menangis . Banyak wire dekat badan .

Itu tanda Allah sayang dia . Jadi , as parent kita kena tabahkan ? Tabah hadapi segalanya . Kerana Allah tu lebih tahu berbanding kita .

Segalanya , kita serahkan kepadaNya :)

Tadi ada jumpa sorang baby ni . Nama dia Adib Asyraf . Comeeeelllll kut :D Mata dia bulat , macam ni :


Friday, June 6, 2014

Hm ~

Assalamualaikum .



Er . Perlukan rawatan hati . On the dot .

Hati oh hati .

Jiwa oh jiwa .

Kenapa perlu ada rasa yang tak perlu ada ?

Allahu .

Sahabat , di mana kau di saat aku perlukanmu ?

Sunday, June 1, 2014

Hai !

Assalamualaikum .

Heh , baru ada kesempatan untuk menaip . Sebab rasa macam dah lama je tak update kannn . Masa tu ada tp ada kekangan . Busy dengan exam mid year . Busy dgn tu , dengan ini . Dan lain-lain lagi :S Tapi mungkin tak sesibuk nak uruskan majlis perkawninan . Okay , berangan lebih . 

Brau-baru ni pergi kem kecemerlangan akademik 4 hari 3 malam , so kena stay asrama . Apa yg aku dapat , semestinya ilmu . Tapi , on the other sides , aku dapat memahami hidup seseorang tu . 

Sekarang , aku faham kenapa dia jadi macam tu . Masa lalu menjadikan seseorang itu jd macam sekarang ni . Nampak dia lack dari everything . Tapi dia tak sedar yang dia ada Allah . Dia tak cari Allah dalam hati dia . Apa yang dia nak is freedom . Free dari mak dia . 

Ya Allah , andainya aku dapat tarbiyah dia dan diri ni . Berikan aku kesempatan itu . Indeed , dia tu sahabat . InsyaAllah , sikit demi sedikit . 

Aku rasa aku macam alien bila masuk sekolah tu kay . Its feel like when you wears a red while others wear white . So , orang akan pandang lain dkt kita . Itulah yg aku rasa . Maybe cara pemakaian aku membuatkan diorang pandang pelik ? 

Tapi , ni negara demokrasi . Ada aku kesah ? Haha . As long as I buat apa yang Allah suruh . 

Wednesday, April 2, 2014

Obviously .


Tiba-tiba rasa nak cakap satu benda . 

"Sis , tutup aurat tu satu kewajipan , bukan kena tunggu rasa nak pakai."

"Tutup aurat tu tak perlu kekuatan untuk lakukan , sebab ia satu kewajipan."

Means , 

Nak tak nak kena . 

Kena buat . Sebab ia satu perintah .

Sama juga macam , 

"Kenapa nak kena tunggu seru sedangkan ia satu kewajipan?"

Yup . 

Semuanya soal hati . 

Hidayah tu bukan boleh datang if takada usaha . 

So . Its useless if no efforts .

Hati manusia ni susah nak dilentur rupanya . Sebab dihalang dengan ego sekeras konkrit . 

Saturday, March 29, 2014

Rep to : Hmmm (pelik?)

Assalamualaikum .

Reply : Untitled

Okay . Straight to the point la . Malam ni nak tidur awai sikit . Kan esok sekolahhhh ~

"Weh naaaa , sometimes aku rasa kau ni terlalu obses dengan korean ? What for the annyeong haseyo ?"
Haha . (saja cari pasal)

"Akan ku tahu kau tersentuh dengan entry aku . (seriously , rasa poyo je)"

"Most welcome habibati .. . . . :)"

"Its Yes . Kau obviously tua daripada aku . I can't call you kakak , sebab I tak ada kakak kandung."

"Its okay . Aku boleh jadi pengapit LAKI kau :P"

Aku tahu aku kawan kau . Tak payah nak mention :)


Friday, March 28, 2014

KAU :)



"Salam . . N** nak folio akaun boleh ? "

Serius folio akaun aku dah berabuk dalam almari . (try selongkar balik)

"Email mu ? "

Aku hantar pakai email la . Mudahnya ada Internet kan . Dia di selatan aku di utara . Maka , haruslah guna perkhidmatan ini .

".......@gmail.com"

"Kau nak contoh apa . . . ?"

"Semua lah . Senang aku nak refer . "

"Okay . Jap ."

"Hehe . Okay . "

Demi sahabat , semuanya okay . Dan folio akaun tu folio utk tahun lepas , tapi dia kena buat balik .

Kesian .

Ni lah value relationship kami . Biar pun jauh semuanya on .

As sahabat , selagi kita ada usaha untuk tolong , selagi ada keinginan untuk bantu . Semuanya okay :)

Segala contoh semua aku dah bagi k . Sila buat bagi siap .

Thursday, March 27, 2014

SAHABAT AKU :)



Setelah 7 hari berlalu , baru aku ingat .

Indeed , manusia ni memangnya pelupa .

Wish sudah . Hadiah sudah .

Cuma , as a sahabat , aku nak dedicated this entry to my beloved Husna (walaupun dah seminggu berlalu kan) I am sorry ^^

Just for Husna ,

"Selamat Ulang tahun kelahiran yang ke 17 weh , pada 20 Mac ."

"Seriously , kau dah tua . :D"

"Aku tak tahulah kalau entry ni kau baca ke tak kan , " (tak baca siap kau)

"Na , moga our relation ni kekal hingga tua la ye ."

"Study rajin-rajin . Apapun keputusan kau , aku sentiasa ada di belakang." Bagi support .

"Aku doa kau . Kau doa aku . Deal ? " Haha .

"Nanti kawin jemput aku . Aku nk jadi pengapit kau . " :)

"Kita masuk U yg sama la ?"

"Dan benda yang paling penting , bila kau jatuh , aku sentiasa ada utk kau :) "

"Aku sayang kau sahabat . . .  "

"Just be tough ey . .  "


?

Cuti seminggu . Untuk budak sekolah . Dan aku pun salah sorang budak sekolah . 

Awal-awal cuti lagi kena pergi rumah tok , tolong maksu siapkan persiapan untuk kenduri kawin dia . 

Penat . Memang penat . Macam aku pulak yang nak kawin . Tapi tolong tu kena ikhlas baru rasa happy je walaupun penat tahap teruk kan .  

"Penatnya maksu . . . " Aku cakap kat maksu .

"Ala , rilek la . Nanti along kawin , maksu tolong la pulak . " :)

"Okay , takade hal . Janji ey"

"Janji. . ."

Sukanya bila ada orang sudi nak tolong bila kawin nanti (takada kaitan)

lupakan . 


Thursday, March 13, 2014

Alkisah . . .

Assalamualaikum .

Sekadar perkongsian di malam hari ,

Alkisah seorang gadis berumur 17 tahun , yang bersekolah di sekolah biasa . Ada lelaki , ada perempuan . Sebelum dia masuk ke sekolah tu . . . 

Kamu betul ke nak masuk sekolah ni ? Sekolah ni bukannya elok sangat . Tahap pencapaian akademik pun biasa-biasa je. kata cikgu Ros .

Betul cikgu . Saya nak masuk sekolah ni .

Kenapa nak masuk sini ? Sekolah lama kamu kan bagus , sekolah pandai , sekolah elit lagi .

Dia diam . Tak tahu nak terangkan dekat cikgu macam mana . Dalam hati , 

Sejujurnya cikgu , dekat mana pun kita belajar , betapa banyak kurangnya sekolah ni berbanding sekolah lain , asalkan niat kita betul , semua boleh jalan cikgu . Nawaitu nak belajar , dekat mana pun kita berada , semuanya Allah mudahkan . 

Lagipun kamu tinggal lagi setahun je nak habis sekolah . Tahun ni SPM , lepas tu tak payah sekolah dah . kata cikgu Ros .

Ya cikgu . Tapi saya dah buat kata putus yang saya akan teruskan di sekolah ni . Saya harap cikgu boleh bantu saya ya .

Baiklah . Kalau itu yang kamu inginkan . Moga Allahs sentiasa mudahkan urusan kamu .

Terima kasih cikgu .

Dia berlalu keluar dari pejabat sekolah sambil berdoa dalam hati , "Ya Allah , di sini tempat yang Engkau telah tentukan untukku . Permudahkanlah urusan ku . Moga aku sentiasa di bawah lindunganMu . Aamiin"

Mulai detik itu , dia berjanji dengan diri nak buktikan kepada orang , di mana pun kita belajar , asalkan niat betul . Allah mudahkan . Sebab menuntut ilmu itu ibadah . Ingat satu perkara je , Allah itu ada di setiap waktu untuk hambaNya yang memerlukanNya . Yang penting , kena yakin .

Wednesday, March 12, 2014

Penentu sebuah kehidupan . , .

Assalamualaikum .

Okay . Cikgu dah pun buat pendaftaran utk SPM 2014 .

Takutnya nak hadap ~ Kata cikgu ini penentu dalam kehidupan sama ada jadi orang yang boleh memberi manfaat pada orang lain atau pun tidak .

I takes 20 papers for 10 subjects . Tak banyak , maybe ada orang lagi banyak . Rasanya budak pure science lagi banyak kut kan ?

Ambil 10 subjects for :

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Mathematics
  • Science
  • Pend. Agama Islam 
  • Sejarah 
  • Ekonomi
  • Perdagangan
  • Additional Mathematics
  • ICT
Please pray for me ey ? Lepas ni update dikurangkan kerana add class ditingkatkan . I really appreciate ur pray :) Thanks a lot . 

Alhamdulillah :)

After a long time . .

Assalmulaikum :)

Lamanya tak update . Dah bersarang-sarang ~

So , setelah lama tak update , sekarang baru rasa nak update . Sometimes , terfikir juga , kenapa blog ni boleh ada ? Kenapa nak kena update ? Even sometimes , all the updates too much nonsense .

Kena rujuk balik niat sebenar tu .

Biarlah niat tu yang baik . Hanya berkongsi , secebis daripada liku-liku kehidupan seorang manusia .

Sekarang macam-macam berlaku di negara kita . Ujian dari Allah . Allah nak uji berapa banyak kebergantungan kita kepadNya .

Di saat kita leka dengan kemajuan sains dan teknologi , Dia hadirkan pelbagai dugaan untuk menyedarkan umatNya , bahawasanya tiada siapa yang lebih Hebat berbanding denganNya .

Allah itu lebih tahu . Itu sebab perlbagai ujian yang datang , ada hikmah di sebaliknya .

Dengan panas kemarau , M370 hilang , hutan terbakar .

Ni semua ingatan dari Allah untuk lihat kita ingat padaNya ataupun tidak ?

So , renung-renungkan lah semula , apa yang berlaku hari adalah daripada sikap manusia sendiri .

Waalhua'lam .

Monday, January 27, 2014

Somehow . . .

Assalamualaikum .

Semoga berada dalam lindunganNya ya :)

Rasa macam lama je kan tak update . Tiba-tiba pulak rasa nak update hari ni .

Sebenarnya , cuma nak cakap yang aku rindu korang . Rasa nak nanges je bila teringatkan sahabat-sahabat kat samsmel tu . Rasa rindu tu datang secara tiba-tiba . (untuk orang yang tak patut sekali) Hm , makin tua makin sensitif kut ~
Rindu . Rindu bila sama-sama struggle utk PMR , tapi kali ni , masing-masing jauh .
Sedihnya .
And tak sangka yang tahun ni adalah tahun terakhir . Lepas ni kena survive sorang-sorang kat dunia luar .
Bila jumpa sedih pun tak  rasa sebab taknak sia-siakan waktu yang ada dengan rasa yang sedih .

Ya Allah , moga Kau kuatkan hati ini . Aamiin .

Wednesday, January 8, 2014

2014

Assalamulaikum .

Lepas seminggu 2014 , baru hari ni berkesempatan untuk update .

Alhamdulillah sebab Allah masih panjangkan umur hidup di tahun masihi yang baru ni :)

Sekolah yang baru , suasana yang baru . Semuanya lain . Masih dalam usaha biasakan diri dalam suasana yang baru . Moga Allah mudahkan segalanya .

Belajar untuk tidak complain apa-apa . Sebab , Allah masih sudi berikan kesempatan untuk hidup di atas muka bumi ini . Biar susah sekarang senang kemudian .

Yang penting bersyukur . Bersyukur apa yang ada sekarang . Sebab nikmat yang Allah beri sudah terlalu banyak tak terkira .

Waallahua'lam .