Tuesday, December 30, 2014

----speechless----

Assalamualaikum.

Dapat satu mesej daripada salah seorang sahabat. Sahabat lama. Yang lama tak jumpa, setahun. Pernah menjadi salah seorang classmates waktu form 4.

Nama dia *tut*. Dia seorang daripada kawan. Tak tahu nak describe macam mana, walaupun tak selalu contact, tak selalu jumpa, rasa ingin tahu khabar tentang dia. Selalu juga hantar mesej untuk tanyakan khabar tapi tiada jawapan.

Dan tadi. . . Dapat satu mesej dari dia. Dari laman muka buku. Terkejut juga. Lama tak dengar cerita daripada dia. Dan tadi satu mesej dia hantar.

Dia kata nak pergi Sudan.

*speechless*

Dah lama tak dengar khabar, dan tiba-tiba terus nak pergi Sudan? Serius aku agak terkejut juga la. Sebab, ingat dekat ke? Jauh kut. Sudan dekat dengan Mesir sana tu. .

Dalam hati, Ya Allah.. khabar apakah ini?

Dari sudut hati aku tak berapa nak setuju. Sebab jauh. Jauh dari family. Dan dia perempuan.

I had call her to figure out what happened.

She: Its my own decision.

Aku macam susah nak percaya. Lagi tak percaya sebab dia dah buat visa, pasport, dan tiket dah beli dah pun. Takkan nak burn tiket kut.

Ikutkan hati aku nak cuba pujuk dia kata tak payah pergi, sebab entahlah. Aku risau? Jauh. . . Dia kata ada 50 orang je students Malaysia dekat sana. Perempuan 11 orang.

Hmm. Tapi apakan daya, itu keputusan dia. Aku kena support. Sentiasa doakan yang terbaik dekat dia. Mak ayah dia pun okay, siap offer lagi, takkan aku yang bukan sesiapa ni pun nak kata tak okay kan?

Dia study Arab dekat sana. Dalam hati, (aku bila lagi?).

Dia pergi tarikh result SPM dikeluarkan. Dia ada juga ajak aku, pergi sekali dengan dia. Hahaha. Lawak apakah? Aku pergi Sudan? Ok. Forget it.

Lagi pun, dari segi positifnya. Ini bumi Allah. Dekat mana pun kita, Allah sentiasa ada untuk kita. Sentiasa jaga kita. Yang penting sentiasa tabah. Alhamdulillah, dia ada kenalan di sana. In Sya Allah. Allah akan mudahkan.

Ya Allah. Kau permudahkanlah urusan sahabatku itu walau dimana jua dia berada. Kau lindungilah dia dari sebarang perkara buruk. Dan teguhkanlah hatinya kepadaMu sahaja. Aamiin.

Dan aku pasti merinduinya nanti :') Hakikat hati yang tak dapat dielakkan. Sahabat, tough ey?

Monday, December 29, 2014

thinkback~

Assalamualaikum.

Eh. Cuti sekolah dah nak habis rupanya. Lepas ni amanlah rumahku syurgaku ni, sebab adik-adik aku semua sekolah kan. Aku tanam anggur belakang rumah je.

Adakalanya tetap bosan. Sebab tak tahu nak buat apa. Kenapa aku tak kerja? Cari duit? Sebab better duduk rumah. Tenangkan fikiran dan jiwa. Sebab lepas result SPM keluar terus kena naik kuda, angkat senjata, dan mulakan perang. Ahh. Takut jugak bila fikirkan. Yang pasti mesti jauh dari rumah. Homesick again.

Throw back time. Waktu zaman betul-betul lepas dapat result PMR.
The time that I need to make the best decision in my life.

Sains tulen? Teknikal? Sastera? Akaun?

Seribu satu yang ada. Tapi aku pilih?

"Rahsia" (kononnyala) Yang pasti aku tak pilih science stream la. Ramai tanya kenapa tak melangkahkan kaki kanan ke science stream. Aku pun tak tau la. Tiba-tiba kaki ni gerak ke kelas sastera. Ok. Fine. Aku ambik sastera.

No physic , no biology, because no chemistry.

Btw. This is me. Ini semua sudah ditentukan sejak azali lagi. Akaun yang aku minat tu pun aku tak ambil. Sebab waktu kritikal tu, aku hanya menerima apa yang diberi dan mengambil dengan hati yang terbuka apa yang di'offer'.

Setahun dah berlalu, dan SPM pun sudah selamat diduduki. Apa yang penting sekarang, doa dan tawakal. Semoga mendapat rezeki result yang cemerlang :)

Sunday, December 21, 2014

Semangat Malaysia!

Assalamualaikum.

Walaupun dah berlalu beberapa belas jam yang lepas, tiba-tiba rasa nak update jugak pasal bola semalam. Haha.

Okay.

Aku bukan fanatik bola macam orang lain. Yang tengok sampai pukul dua tiga pagi. Aku cuma minat bila Malaysia main je. Haha. Semangat tak?

Walaupun kalah kan, tak dapat piala. Itu namanya kalah selepas berjuang la. Ada kesungguhan untuk mendapat gelaran juara tu. Tahniah kepada semua. . . .

Aku tak sedar pulak, yang bila tengok bola je, mulut ni tak berhenti bercakap (nampak tak cara bg sokongan tu?) Haha. Okay. Nampaknya tak boleh pergi ke stadium.

Okay. Harimau Malaya yang aku respect. Indra Putra. Wahhh~ Haha. Menerima teguran dengan terbuka. Lepas orang tegur pasal style rambut dia je, terus dia botakkan. Terbaik lah.

Dan, akhirnya tamat sudah Piala AFF 2014. Walaupun tak dapat merelakan Thailand menang, tapi itulah ketentuan Allah Taala.

Apakan daya tiada rezeki,
Yang pasti ada usaha,
2016 ada lagi,
Kemenangan pasti milik Harimau Malaya.




Monday, December 8, 2014

Travelling

Assalamualaikum.

Selongkar  di segala sudut serebrum untuk mencari idea apa yang perlu dilakukan untuk isi masa lapang. And lastly, I just found,
updating
So, takpelah. Aku nak update apa eh. Blog ni bukan ada orang baca pun. Haha. Syok sendiri je ni. Ha, one of my dreams.
Travel Around The World
Takdelah around the world sangat kan. Cuma teringin la nak travelling kan. Especially dengan family and sahabat. Tapi masalahnya la aku ni bukan la Orang Kaya Baru kan. Jadi, untuk mencapai impian itu haruslah bekerja keras.

Yang penting kena ada lots of money la. Kalau duit takde jangan mimpi la nak travel, dalam Malaysia pun tak lepas. Tapi takpe. In Sha Allah. Akan ku pastikan impian ini tercapai.  Maybe 10 years later habis Asia aku round? Siapa tahu kan. Allah lebih tahu segalanya.

Prinsip aku la kalau nak travel around the world, kena la menziarahi Baitullah dulu. Kalau tak apa guna pergi sana pergi sini kan? Kita buat umrah/haji dulu, then baru tengok bumi Allah yang luas ini :)

Especially to my sahabat kan yang dah janji nak travel sama-sama dengan aku (Husna, Alya) Jom kita pergi ,


Nami Island-Korea



Saturday, December 6, 2014

B.U.K.U

Assalamualaikum.

Hari ni hari sabtu. Esok Ahad. 

Alya masuk PLKN esok dekat Tapah.  Sahabat, take care eh? Moga selamat pergi dan balik. Antara sahabat aku, Alya sorang yang dapat PLKN. Itu maknanya dia paling bertuah di kalangan orang yang bertuah. (Tak tipu eh)

Sejak habis spm ni aku tak tau nak buat apa sebenarnya. Aku cuba godek rak buku balik. Cuba cari buku apa yang belum katam lagi or baca sekerat je. And lastly, I found "Kuasa Kepimpinan Al-Fateh" 

Buku tu one of the special books aku. Lagi-lagi buku tu is a present from my beloved sahabat. Siapakah sahabat itu? Semestinya , Dia . Haha . Dia dah baki dua buku dekat aku. Aku je tak bagi buku untuk dia lagi. Bukan tak nak bagi. Cuma kekangan duit lately ~

Buku tu syok kut. Aku baru baca few pages. Tapi ada je anasir luar yang suka menganggu aku untuk membacanya. Sikit-sikit panggil. Ahh, stress. 

Apapun aku harap dapat beli satu buku nanti. Pasal Sultan Al-Fateh dengan Dracula tu. Teringin nak baca. Tapi sampai sekarang takde rezeki untuk menemuinya.  

Kalaulah duit tu turun dari langit kan? Nampaknya, fantasi ni tak aka terjadi. Hmm ~

Tuesday, December 2, 2014

Last paper (ICT)

Ehem. .   Ehem . .

Awan mengeluarkan air matanya renyai-renyai. Waktu last paper je, hujan dah membasahi bumi. Macam tau-tau je perasaan last moment in school kan?

Tapi, deep inside tak la sedih sesedih awan mengeluarkan air matanya. Terlalu personafikasi aku rasa. Cuma mungkin jiwa dan perasaan seperti awan yang menanggung beban air yang begitu banyak. Betul ke?

Ah, bila fikir balik zaman sekolah dah habis. Dah 12 tahun berjihad. Lama tu.  Lots of things happened. After this, there are lots of thorns I guess. Too much hyperbola.

Maksudnya, lepas ni seribu satu jenis duri lagi nak kena hadap. So,  jihad ni akan berterusan hingga liang lahad. Yea . .  sangat takut untuk menghadapinya. Diharapkan tidak seperti seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing.

Kawan zaman sekolah akan terus diingati. Segala pertolongan waktu susah dan senang sangat dihargai. Moga kawan seperti kalian tidak pupus ditelan zaman. Kawan-kawan yang sangat membantu waktu di Batu 5. Thanks a lot. Especially for Jia, Syaza, Farhana, and others 5K1 and 5SC.

Since, I had schooling everywhere so I have lots of friends. In Samsmel, Bahiyah, Batu 5. Too many ~

I will remember our memory. Thanks for everything. Teachers, friends, environment. Selagi kepala boleh ingat, In Sha Allah akan terus diingati.

Farewell school days ~