Saturday, July 27, 2013

ForYou ~

Assalamualaikum . 

Hey girl , watch this :)




Friday, July 26, 2013

Susahnya .

Assalamualaikum . 

Ketenangan . 

Susahnya nak cari balik ketenagan yang pernah dirasakan sebelum ni . 

Macam hilang ke dasar lautan . Penat nak mencari ketenangan .

17 Ramadhan

Salam Nuzul AlQuran :)

Ya . Hari ni bersamaan 17 Ramadhan , hari habisnya turun wahyu dan lengakap nya Al Quran . 

Al Quran . 

Petunjuk bagi semua umat Islam . Menjadi pembela kita di akhirat nanti . Menjadi cahaya dalam kubur bersama kita . 

Dulu masa dekat samsmel , ( aku rindu samsmel sangat2 ) Ust Asif ada kata , sekurang-kurangnya kita kena khatam Quran setahun 2 kali . 

Allahuakbar . Masa tu aku rasa macam teruk gila sebab tak dapat khatam 2 kali . Dan sekarang aku cuba untuk lakukan . 

Untuk mendapatkan pembelaan di sana nanti dan cahaya di dalam kubur kena la banyak-banyak baca Quran kan ? Apa yang aku cakap ni pun untuk aku juga . 

Sekarang , aku sekolah biasa . Usrah dengan tazkirah dah takde . Aku dah teruk . Aku rasa macam teruk sangat . Macam rasa jahil sangat . Aku rasa hati aku dah tak tenteram . 

Ya Allah . Apa yang dah jadi dekat aku sekarang ni ? Aku perlukan seseorang untuk menjadikan diri aku yang dulu . Sekarang ni aku macam teruk sangat . 

Hati rasa nak menangis tapi mata tak nak mengalirkan air mata . Aku nampak kuat dekat luar , tapi dalam aku rasa macam bangunan yang nak runtuh ? 

Macam mana aku nak kuatkan konkrit bangunan tu jika surrounding yang membuatkan bangunan tu nak runtuh . Aku perlukan sokongan untuk teguhkan bangunan tu . 

Aku nak macam aku yang dulu . Kadang-kadang aku penat untuk kuat . Aku rasa macam aku tengah survive untuk hidup di padang pasir . Without anyone . Yang hanya ada ialah Iman . 

Ya Allah , sampai bila lagi aku dapat kuat ? I need supporter . Really-really need . 

Even aku ada sahabat , mereka jauh . Walaupun mereka sampaikan doa untuk aku , tapi aku perlukan seseorang di sebelah aku . Walaupun aku di jalan yang lurus tapi cahaya tu makin jauh dengan aku . Aku perlukan seseorang untuk bawa aku menghampiri cahaya tu balik . Ya Allah . 

Aku tak tahu apa yang aku nak buat sekarang ni .

Penat untuk survive seorang diri . . .

A part of Iman

Assalamualaikum . 

Hey . 

Thanks to Husna . Kau bagi aku something benda untuk di post lepas baca blog kau . Heh , rajin update ye sekarang ni ? Weh SMA weh . Ingat sikit . Pergi hafal sekarang :D

Hey na , 

Kau mungkin susah nak ubah secara luaran ataupun sikap , perhaps ?

Aku rasa susah nak ubah sikap . Perkara yang paling susah nak buat . Aku tak faham kenapa susah sangat nak ada kesabaran dalam diri ? 

Aku rasa nak nangis sebab susah sangat nak berubah . Tak guna luaran macam ni , tapi dalaman rasa teruk . 

Kesabaran . 

Ya Allah . I keep questioning why ~

Aku cuba untuk sabar . Tapi aku tak faham kenapa kesabaran aku senipis kulit bawang ? ( hyperbola )

Na , kau sabar banyakkan ? Doakan aku sabar eh , aku nak sabar banyak jugakk :( 

Kesabaran is a part of Iman . 

Macam mana fill the blank of Iman jika takade sifat kesabaran dalam diri ? 

Ya Allah , help me :'(

Friday, July 19, 2013

Reply to <~~>

Assalamualaikum . 

Aku rasa nak menjerit kuat-kuat je sekarang ni . 

Act , aku baru je baca post Husna :D 

Fact , even kita orang jauh kan . . Tapi bila baca post masing-masing rasa macam dekat kut . Rasa macam sebelah rumah je ( tapi hakikatnya jauh 424 km ! )

Hey, 
Dear Husna , 

Semua orang boleh berubah apa . Dekat mana pun kita berada , semua orang ada peluang untuk berubah . 

Kita bukan kena tunggu hidayah dari Allah baru nak berubah . Kita sendiri yang kena cari hidayah . Cari sampai jumpa . 

Weh na , ada lagi satu cerita pasal Alya , tapi yang ni aku taknak cerita la dekat sini . Better kau tanya dia dulu la kan . . ? 

Kau mesti terkejut kut kalau kau tahu pasal ni . 

She's totally change . 

Pergi la update cerita dengan dia . Hehe . 

And lagi satu . . 

* Kau eje nama ayah aku salah la dalam post tu . Muhamad la , bukan Mohamad . 

Friday, July 12, 2013

ALYAA + HUSNA

Assalamualaikum . 

Semalam contact kedua-dua sahabat aku . Alya dengan Husna . 

Update cerita masing-masing <3 Rindu yang teramat mereka berdua . 

Ada la jugak update serita pasal aku nak pindah sekolah tu ke tak . . 

So comments from both of my best friends , 

Husna kata " ikut la mana kau boleh bawak , aku pun tak tahu kata macam mana . " Husna jawapan dia macam skema jawapan KBKK tahu tak . Tak bg comment yang memberangsangkan langsung . Tapi itulah Husna Azman . 

Alyaa kata pulak , " Kalau nak sangat pindah , kena usaha lebih la sebab ambil science + akaun kan " and more la nasihat dari Alya tu . 

Alya cakap dia nak pakai purdah next year . Its okay apa . Aku pun teringin nak pakai jugak . InsyaAllah . Kita move on ke arah kebaikan sama-sama ye :)

Esok pagi aku akan balik ke asrama .

Err . . . .

Azab . 

Brotherhood of Islam :)

Assalamualaikum . 

Sangat rindu waktu di samsmel . Pahit manis semuanya ada di sana . 

Agak-agak korang ingat kan aku lagi tak ? Ke aku sorang je yang ingat korang . . . 

Best of memory ever >





 



Aku tak tahu nak describe ape bila tengok gambar-gambar masa dekat samsmel dulu . 

Nak nangis tak tahu untuk apa , tapi rasa rindu . 

Yes . Rindu . 

Sebab rindu tak boleh nak describe dengan kata-kata . Orang yang mengalami je tahu macam mana rasanya . 

Back to reality ~

Assalamualaikum . 

Can we return back to the past ? 




Indeed , I miss my childhood . Zaman yang tak perlu fikir untuk kehidupan sendiri . Semuanya parents tentukan . Betapa senangnya waktu tu . 

Kepala pun tak serabut fikirkan masa tu . 

Tapi inilah nama kehidupan . Makin lama makin besar . Aku rasa baru semalam aku masuk darjah satu . Masa darjah satu dulu aku selalu fikir takutnya nak ambil UPSR . 

Tiba-tiba . . .

Tahun depan aku amibil SPM pulak . Ya Allah cepatnya masa berlalu kan ? 

Tak sangka dah dekat 4 bulan aku tinggalkan samsmel . tinggalkan tempat aku membesar . 

Sometimes , peritnya rindu . 

Dunia . 

Kadang-kadang aku rasa nak lari daripada reality . Don't know why . Tapi itulah yang aku rasa . 

Forget it . 

Aku akan cuba untuk kuat sampai bila-bila . Sebab aim kita hidup di dunia ini adalah untuk meraih Jannah kerana di situ lah asal kita . 

Indeed . 

Future

Assalamualaikum . 

Perkara yang paling menakutkan aku adalah , masa depan . Aku tak tahu apa yang akan terjadi pada aku akan datang . Perjalanan hidup aku .

Allah dah tetapkan qada' dan qadar untuk kita . 

Aku tak pandai nak tetapkan keputusan hidup aku sendiri . Lagi-lahgi pasal future study aku . Aku takut kalau aku salah buat keputusan . Aku takut kalau keputusan yang aku buat akan menyusahkan orang lain . 

Selagi ada Allah dengan kita , InsyaAllah . 

Pernah aku cakap dekat mak aku , boleh tak kalau nak kahwin terus ? 

And mak aku cakap apa , kalau duduk zaman dulu mungkin boleh la . Duduk rumah , suami kerja . Sekarang dunia dah maju , kena survive sendiri . Mungkin zaman dulu parents dah tetapkan pilih calon suami/isteri . So , mostly follow je , and kekal hingga akhir hayat apa ? 

Etc , macam moyang aku ( toknek ) . Tok nek lelaki , masih hidup lagi . Alhamdulillah , Allah panjangkan umur sampai 90 lebih . And toknek perempuan aku dah meninggal masa aku form 1 . Masa tu toknek umur 80 lebih . Tokenek lelaki sedih kut . Dia teringat-teringatkan arwah toknek perempuan . Siapa tak sedih , duduk sebumbung dekat 70 tahun lebih then salah seorang meninggal . Dan aku pun sedih jugak sebab toknek perempuan rapat dan kenal dengan aku . Dia tak nyanyuk pun , dan ingat nama aku :D

Hm . Boleh tercerita pulak pasal toknek aku . 

Proceed to aku . 

Aku tak tahu apa yang akan terjadi pada aku masa akan datang . Boleh ke aku teruskan di sekolah tu ? Aku tak tahu . . . atau aku akan pindah ? Untuk lagi sekali ?

Serius aku dah tak larat nak fikir . Tapi ni masa depan aku , takkan aku drop macam tu je . . 

Ya Allah , moga kau beri aku kekuatan menghadapi ujian ini . 

Thursday, July 11, 2013

HUSNA !

Assalamualaikum . 

Husnaaaaaaaaaaaaaaaa ! 

Kau pergi mane ? Mesej tak sampai , call tak angkat . 

Call je , "The number that you have dialed . . . . . . 

Grrr . . . 

Mane kau pergi weh ?

Nak borak dengan kauuu :(

Wednesday, July 10, 2013

Mumble :]

Assalamualaikum . 

Only one choice . 

Situasi yang tak pernah aku rasa bila , turn right turn left . There are no choice except pilihan yang ada depan mata . 

Pilihan yang ada ni sometimes tak boleh nak hadam . Rasa susah . 

Blank .

Tapi semua yang berlaku ada reasons . 

But . . . why me ? 

1st Ramadhan 1434H

Assalamualaikum . 

Alhamdulillah . Thanks to Allah sebab beri keizinan untuk meraikan bulan Ramdahan kali ke 16 .

Ramadhan . Tak tahu nak kata apa , tapi hati ni rasa senang sebab dapat masih dapat bernafas di bulan barakah ini . 

Aim : Tingkatkan amal ibadah . Dari semua aspek . 

Sesungguhnya pintu syurga terbuka luas pada bulan Ramadhan dan tertutup rapatnya pintu neraka . 

Allahuakbar . Pilihlah mana-mana pintu syurga , sementara masih ada kesempatan . 

Syaitan sudah diikat . Yang tinggal hanyalah nafsu . 

Dan tahun ni aku akan berpuasa di asrama . No family . No bazaar . No everything . Much terrible . 

Anyway , selamat menyambut bulan Ramadhan . Semoga Ramdhan kali ini penuh makna .