Thursday, February 28, 2013

Sahabat . .

Assalamualaikum .

Lama dah tak update , Busy , perhaps ? Em , agak busy la kan . Kali terakhir update pun masa 15 hari bulan haritu . Sekarang dah nak masuk bulan 3 dah pun . Allah . Cepat sangat masa berlalu kan ? Maknanya kiamat itu semakin hampir . Sepanjang minggu lepas pergi balik sekolah macam biasa . Alhamdulillah . Segalanya berjalan lancar . Allah permudahkan urusan .

Okay . Setelah hampir dua bulan di SAMSMILE tercinta . Akhirnya , ditakdirkan aku pindah jua . Berat sangat hati nak pindah dari SAMSMILE sebab di situ segalanya aku bermula . Di situ mengajar diri ini erti kehidupan . Tapi ini suratan yang telah ditakdirkan untuk aku . Keluarga nak berpindah ke Kedah . Jadi terpaksa akur dengan keputusan itu dan setelah 16 tahun aku di zon selesa , diri ini ingin maju ke hadapan . Mencari kehidupan yang lain dari sekarang . Hidup ini penuh dengan cabaran . Pastinya . Moga di jalan mujahadah ku , Allah permudahkan urusan . 

Di sana nanti , aku sekolah biasa je . SMK SULTANAH BAHIYAH . Tiga tahun aku di sekolah agama  lepas ini aku di sekolah biasa . Berat hati nak tinggalkan sekolah agama . Tapi , ini semua suratan . Apakah aku boleh menolakanya ? Aku redha dengan ketentuan Allah . Mungkin di sebaliknya ada hikmah . Biarpun di sekolah biasa , aku berharap agar aku masih aku yang lama . Moga Allah melindungi aku . Moga juga aku terus beristiqamah . Mungkin aku dapat menyebarkan sedikit apa yang aku belajar dari sekolah agama walaupun aku tak berhak . 

Sahabat di SAMSMILE . Pastinya aku akan merindui kalian semua . Rindu nak gelak dengan kalian . Rindu nak belajar sebumbung dengan kalian . Ya Allah . Najlaa . Husna . Khadijah . Najmina . Sedih sangat nak tinggalkan kalian . Sedih .

Najlaa ~ Terima kasih sebab sudi menjadi sahabatku , walaupun  kau layak pilih yang lebih baik dari aku . Tapi Allah tetapkan kita bersama . Sayu hati masa nak taip ni sebab tengah dengar doa rabitah  :'(  Terima kasih sebab sudi bahagiakan diri ini , sudi buat diri ini ketawa . Adakalanya kesilapan berlaku , aku tak pernah simpan di dalam hati . Sebab manusia sentiasa buat salah . Aku takut aku rindu kau . Aku rindu sangat masa kita form 3 . Masa takade cikgu dalam kelas , kau pusing kerusi menghadap aku kat belakang . Kita borak . Kita gelak-gelak . Serius aku sangat merindui masa tu . Tapi , kenangan itu makin lama makin meninggalkan kita . Terpaksa kita lepaskan walaupun perit . Aku sayang kau . Jaga diri . Aku takade di sisi kau nanti bila kau perlukan aku . Aku tahu satu saat nanti kau akan perlukan aku . Maaf jika aku tiada di sisi . Andai kawan kita yang lain menyakitimu , biarlah . Itu lumrah manusia . Jangan ambil hati . Sentiasa bersangka baik dengan mereka . Maaf kalau ade event dekat DM nanti , aku tak duduk di sisi kau lagi . Andai waktu itu kau keseorangan , ingatlah Allah . Sebab Dia sentiasa dengan kau , sedangkan aku ? Kalau rindu aku , doakan aku dalam doamu . Doakan agar kita dipertemukan suatu hari nanti . Cepat atau lambat itu ketentuan Allah . Andai tiada rezeki di dunia , cari di Jannah . InsyaAllah . Kita akan dipertemukan jua walaupun lambat . Sayang kau sangat-sangat . Ukhuwahfillah .

Husna ~ Pertemuan kita singkat kan ? Biarpun singkat , tapi Allah sajikan kenangan yang indah buat kita berdua . Terima kasih juga sebab sudi bersahabat dengan aku . Terima kasih atas segalanya . Terima kasih sebab faham kerenah aku , memahami aku . Na , pastinya aku merindui kau . Aku rindu nak panggil nama kau nanti . Panggil huna , panggil na . Ya Allah , tabahkanlah hati sahabatku ini andai dia ditimpa ujian dariMu kerana dia sahabtku ya Allah . Andai dia keseorangan , kau hadirkanlah seoarang sahabat yang lebih baik dari aku kerana aku bukan sahabat yang baik untuknya kerana aku meninggalkannya . Ya Allah , janganlah kau ujinya jika dia tidak mampu nak menghadapinya . Kau sediakanlah kebahagian buat dirinya . Kau lindungilah dia . Ya Allah , andai kami berpisah dunia , temukanlah kami di Jannah nanti kerana aku sahabatnya sampai syurga . Biarpun perit perpishan yang bakal kami hadapi nanti , Kau satu kan lah hati-hati kami . Na , jaga diri . Ingat mati . Sebab mati tu belaku pada bila-bila masa . Doakan aku Na ? Doakan aku agar aku tetap aku sekarang sampai bila-bila . Kita jumpa di Jannah nanti ye ? 

Khadijah ~ Perkenalan kita lama sangat . Hampir 11 tahun . Allah hadirkan kau untuk jadi sahabat aku . Aku bersyukur sebab Allah beri kau sebagai hadiah buat  diri ini . Dijah , terima kasih atas pengorbanan yang kau lakukan terhadap aku . Aku tak tahu apa akan terjadi pada diri ini , andai tiada orang yang menegur ku satu ketika dahulu . Sunggguhnya , kau sahabat aku dunia akhirat . Terima kasih sudi jadi sahabat aku . Moga satu hari nanti kita dapat sebarkan dakwah bersama-sama . Kenangan indah bersamamu , InsyaAllah , akan kekal di hati ini . Dijah , sifat manusia meningalkan saudaranya . Maaf andai jika kau perlukan aku , aku tiada di sisi kau . Asif . Doakan aku agar aku sentiasa beristqamah . Khadijah , apa kata suatu hari nanti kau suruh mereka tukar panggilan DJ kepada Khadijah . Kan sedap . Nama isteri nabi tu :) Dijah , doakan agar kita sama-sama berjaya di dunia akhirat . InsyaAllah , satu hari nanti Allah pertemukan kita kembali . Ameen . Aku sayang kau sebagai sahabat . Moga-moga kita bertemu kembali . 

Najmina ~ Kehadiran mu menceriakan diri ini . Terima kasih kerana sudi buat diri ini , senyum ketawa . Ya Allah , Kau permudahkanlah urusan sahabatku Najmina . Jadikanlah dia anak yang solehah . Lindungilah dia dimana jua dia berada . Kau hadirkanlah seoarang sahabat yang memahami dirinya berbanding diriku . Najmina , ubah diri kepada yang lebih baik ? Jalankan tanggungjawab sebagai pengawas sekolah dengan sebaiknya . Itu amanah . Allah pilih kau menjadi pemimpin . Jangan sia-siakan . InsyaAllah , bakal PKU 2014 . Ameen . Semoga memori indah kita bersama sentiasa terpahat di hatimu . Pastinya aku sangat merinduimu nanti . Rindu nak gelak dengan kau . Allah . Moga ukhuwah ini kekal hingga ke Jannah . Sayang kau :)

Lumrah manusia suka dekat seseorang . Begitu juga diri ini . Akan ku cuba hindarkan perasaan ini sebelum tiba masanya . Najlaa , Husna , Khadijah jaga ehem ehem untuk aku . Jangan bagi orang lain . Haha . Ini semua gurauan je . Akan ku mantapkan cintaku pada Pencipta sebelum seeorang . Andai di jodohkan adalah . Ameen . Haha . 


Friday, February 15, 2013

Juma'ah

Assalamualaikum . 

Alhamdulillah masih diberi waktu dan sedikit ruang untuk update :) Hari ni jumaat . Jangan lupakan Al-Kahf . Sama-sama kita ingatkan antara satu sama lain . Aku pun kadang-kadang tak buat juga . Allah . Tak tahu kenapa boleh jad macam tu . Sibuk ? Tak cukup masa ? Padahal orang lain boleh je buat . 24 jam juga . Tapi kenapa aku tak boleh . Muhasabah diri . 

Hari ni sekolah seperti biasa . Masih di SAMSMILE tercinta :) Plan memang nak pindah tapi tak lagi . Bukan pindah sekolah je , pindah rumah jugak . Em , nak buat macam mana kan . Sayang nak tinggalkan sin dan pindah ke tempat yang baru . Kena sesuaikan diri dengan keadaan . Moga Allah permudahkan urusan ku . Ameen . 

Moga-moga pengembaraan ini menjadikan diri ini dekat kepadaNya lagi . Mungkin di sebalik perpindahan ini ada hikmahnya . Kita tak tahu . Allah tahu . Mungkin rindu nantikan . Rindu dengan sahabat-sahabat . 
Hari ni gembira sangat . Gelak-gelak masa mesyuarat agong koperasi dekat dewan . Macam budak-budak je . Najlaa . Khadijah . Terima kasih buat aku gelak hari ni :D

Pukul 3 sampai pukul 5 ade kelas AddMath . Jealous dengan kelas Amanah . Mereka tak ade kelas tambahan . Tp nak menuntut ilmu kan . Kena la berkorban sikit . Alhamdulillah . Faham la jugak . Tapi nanti kena buat revision balik la sebab takut lupa nanti :)


Thursday, February 14, 2013

Bermulanya sebuah permulaan

Ehem .
Assalamualaikum .

Dah hampir sebualan lebih persekolahan berlalu . Cepat masa berlalu . Masa yang lalu makin hari makin tinggalkan kita . Allahuakbar . Entah kali ke berapa aku cipta akaun baru untuk blog . Banyak kali dah rasanya . Masa mematangkan kita . Mungkin blog yang lalu ketika zaman emosi tak menentu dan kurang berfikiran panjang jadi ku lupuskan riwayatnya .

Tahun ni genap 16 tahun . Tak sangka aku masih diberi kesempatan untuk menghirup udara dan meneruskan perjalanan di dunia ini . Alhamdulillah . Tak pasti apakah tujuan ku cipta akaun ini , sedangkan tiada masa untuk up to date . Mungkin untuk masa yang terluang akan datang .

Kami form 4 , selepas alam PMR berlalu , selepas mendapat keputusan yang ditentukan setelah usaha sedaya upaya . Akhirnya , ada yang akan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya . Allah , perpisahan  itu perit . Biarpun ia perit , seribu kemanisan dan hikmah telah dijanjikan untuk kita . Ramai sahabat-sahabat yang sudah meninggalkan bumi SAM Sg, Merab Luar demi mengecapi cita dan impian yang dihajati .
Ada yang pergi juga ke SAM , SBP juga MRSM .

Rindunya mereka . Walau dimana pun awak berada , ingat di mana kita bermula . Jika awak tidak bermula di SAMSMILE kita , belum tentu awak berada di sana sekarang . Aku doakan kalian sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah s.w.t. Jangan lupakan mereka yang mendidik kita di sini kerana tanpa mereka , kalian tak seperti mana kalian sekarang .

Jodoh pertemuan ditentukan Allah . Walaupun air mata menemani kali akhir kita bersua , InsyaAllah pertemuan pertama buat kita nanti diukir dengan senyum . Kita bertemu berpisah kerana Allah . Aturan Allah itu hebat . Moga hubungan yang kita jalinkan ini hingga ke jannah . InsyaAllah . Ukhuwahfillah .

Buat kalian yang sudah berpindah ,
Rabiatul Adawiyah , Husna Fadzil , Wan Nurul Ain , Siti Aisyah , Bahriah Aisyah , Nur Aisyah Yang , Wafa Izzati , Nur Rashidah , Halimatun Syahidah , Nur Syuhaidah , Nor Atiqah Zawani , Najwa Azis , Nur Syahidah , Nurul Aliah Farisha , Wan Nur Hidayah , Ain Syamsiah , Amira Fatin .
Ali Imran , Amir , Ucop , Ridhwan , Ikhwan , Zaidi , Adam , Haziq Samad , Adli , Iqbal , Afiq , Luqman , Safwan , Haziq Rodzi , Uzair , Faliq .
( dan lain-lain . Antara name yang aku ingat :)