Sunday, October 15, 2017

After few years

Assalamualaikum.

Betapa lamanya tak update blog ni. Haha. Ingat kan dah delete rupanya wujud lagi.

Yelah. Zaman sekarang orang dah jarang guna blog. Selalunya kalau nak update, mesti dekat Instagram atau Facebook.

Mungkin lagi mudah, atau senang orang nak baca. Entah la.

Setelah post yang terakhir aku, dekat dua tahun juga eh. Lama gila.. Masa tu cepat sangat berlalu, pejam celik pejam celik dah hari ni.

Setalah dua tahun, aku yang sekarang adalah seorang pelajar lepasan Matrikulasi. Dan sekarang sedang menuntut di sebuah univeristi awam di Malaysia.

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur sebab dapat lagi update dekat blog ni.

Walaupun sebenarnya, tak tahu la ada orang baca ke tak, but writing is one of the my passion, tak kisah la orang baca ke tak.

Sekian saja untuk kali ni, lain kali kalau rajin baru update. :D

Monday, May 18, 2015

Begin a new journey.

Assalamualaikum.

Mengemas rumah yang tidak berpenghuni ini. Yang tidak ada pembacanya, yang direka hanya untuk suka-suka. Yes, Suka-suka.

Tak tahu la ini post yang terakhir buat masa sekarang atau pun tidak. Yang pasti tak tahu lagi bila nak post apa-apa. Sebab malu rasanya sebab orang update untuk berdakwah. Tapi diri sendiri yang hanya tentang kisah peribadi yang rasanya sampai bila pun tak habis kisah ni. Ya Allah, ampunilah hambamu ini.

Ramai kawan-kawan dah sambung study. Ada yang pergi bidang kemahiran walaupun 7A. Ada yang pergi STPM. Ada yang akan sambung asasi, dan diploma. Dan aku hanya sambung Matrik di Changlun. Itu rezeki. Allah dah tetapkan untuk hambaNya. Point pertama, Syukurlahh apa yang ada.

Orang kata Matrik kena fight kuat sikit.. Sebab ramai orang pandai kebelakangan ni. Ye. Tak dapat dinafikan. Dan orang juga kata budak matrik paling susah masuk uni untuk apply degree berbanding diploma dan form 6. Kata aku. Rezeki Allah itu luas. Kita kena usaha segagah mungkin agar dapat tempat kosong di uni nanti. Lagi pun Allah itu ada. Tak payah nak risau, sebab Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita, Next point, keep positive. Allah will be with you. Always.

Orang kata, Akaun punya course ramai students yang ambik. Takut2 nanti tak dapat kerja. Lagi sekali, aku kata, Allah tu ada. Sentiasa. Rezeki Allah itu luas. Yang penting usaha. InsyaAllah. Ada kerja yang baik untuk kita. Itu semua cerita esok yang aku kira tak perlu nak kira sangat. Yang penting hari ni. Agar hari ini dilaksanakan sebaik mungkin. Dari segi segala angle. Ibadah, amalan harian. InsyaAllah. Esok kita improve lagi berbanding hari ni.

Untuk independent di luar sana agak mencabar. Moga Ya Allah, Kau permudahkan urusanku. Hadirkanlah sahabat yang dapat membawa aku ke jalanMu. Yang dapat menarikku bila aku hampir jatuh ke neraka. Jauhkanlah aku daripada melakukan perkara yang mungkar. Aamiin.

So conclusion nya, be tough where ever you are. La tahzan. Inna Allah maa'na.

Thursday, April 2, 2015

Along akan rindu Nisah. Sampai bila-bila :')

Assalamualaikum.

Ya Allah. Moga kami sekeluarga tabah menghadapi ini.

Pada 1 April jam 9:37 pagi, sepupuku telah kembali ke Penciptanya.

Ya Allah. Sedih tak terkata. Sedih sangat. Aku yang hanya sepupunya pun sedih, apatah lagi mak nya. Ibu yang bersusah payah melahirkannya. Ibu yang menjaganya dengan sepenuh kasih sayang pada waktu kecil hingga sekarang. Ibu yang memberi makan kepadanya.

Ya Allah. Berilah kekuatan pada makngah.

Kematian tidak mengira umur dan waktu. Dan sepupuku telah pergi pada umur 12 tahun. Hampir 26 hari dia di dua hospital yang berbeza. Akhirnya dia pergi juga. Pergi dengan tenang. Pergi dalam tidur. Sebab waktu tu dia di dalam keadaan bius.

Aku pasti rindu dia. Dulu waktu kecik-kecik dia rapat dengan aku. Tapi bila masing-masing dah sekolah tak berapa nak rapat dah. Tapi waktu dia stay hospital dekat Alor Star, hampir tiap hari aku pergi tengok dia. Waktu tu kuat lagi. Hari terakhir dia di hosp AS sebelum nak pergi hosp Peneng pun aku tengok dia.

Aku tak pernah borak dengan dia waktu dekat hosp. Tanya dia sakit ke tak. Sebab aku takut nanti aku yang menangis, Aku tak boleh tengok orang sakit, sedih. Masa dekat hosp Peneng, dia makin kritikal, masuk ICU dan akhirnya dia pergi jua.

Kami akan ingat dia. Sampai bila-bila. Moga Nisah damai di sana ya. Kita jumpa di syurga sana ya. Tunggu kami semua.

Al-fatihah.