Thursday, March 13, 2014

Alkisah . . .

Assalamualaikum .

Sekadar perkongsian di malam hari ,

Alkisah seorang gadis berumur 17 tahun , yang bersekolah di sekolah biasa . Ada lelaki , ada perempuan . Sebelum dia masuk ke sekolah tu . . . 

Kamu betul ke nak masuk sekolah ni ? Sekolah ni bukannya elok sangat . Tahap pencapaian akademik pun biasa-biasa je. kata cikgu Ros .

Betul cikgu . Saya nak masuk sekolah ni .

Kenapa nak masuk sini ? Sekolah lama kamu kan bagus , sekolah pandai , sekolah elit lagi .

Dia diam . Tak tahu nak terangkan dekat cikgu macam mana . Dalam hati , 

Sejujurnya cikgu , dekat mana pun kita belajar , betapa banyak kurangnya sekolah ni berbanding sekolah lain , asalkan niat kita betul , semua boleh jalan cikgu . Nawaitu nak belajar , dekat mana pun kita berada , semuanya Allah mudahkan . 

Lagipun kamu tinggal lagi setahun je nak habis sekolah . Tahun ni SPM , lepas tu tak payah sekolah dah . kata cikgu Ros .

Ya cikgu . Tapi saya dah buat kata putus yang saya akan teruskan di sekolah ni . Saya harap cikgu boleh bantu saya ya .

Baiklah . Kalau itu yang kamu inginkan . Moga Allahs sentiasa mudahkan urusan kamu .

Terima kasih cikgu .

Dia berlalu keluar dari pejabat sekolah sambil berdoa dalam hati , "Ya Allah , di sini tempat yang Engkau telah tentukan untukku . Permudahkanlah urusan ku . Moga aku sentiasa di bawah lindunganMu . Aamiin"

Mulai detik itu , dia berjanji dengan diri nak buktikan kepada orang , di mana pun kita belajar , asalkan niat betul . Allah mudahkan . Sebab menuntut ilmu itu ibadah . Ingat satu perkara je , Allah itu ada di setiap waktu untuk hambaNya yang memerlukanNya . Yang penting , kena yakin .

No comments:

Post a Comment