Tuesday, December 30, 2014

----speechless----

Assalamualaikum.

Dapat satu mesej daripada salah seorang sahabat. Sahabat lama. Yang lama tak jumpa, setahun. Pernah menjadi salah seorang classmates waktu form 4.

Nama dia *tut*. Dia seorang daripada kawan. Tak tahu nak describe macam mana, walaupun tak selalu contact, tak selalu jumpa, rasa ingin tahu khabar tentang dia. Selalu juga hantar mesej untuk tanyakan khabar tapi tiada jawapan.

Dan tadi. . . Dapat satu mesej dari dia. Dari laman muka buku. Terkejut juga. Lama tak dengar cerita daripada dia. Dan tadi satu mesej dia hantar.

Dia kata nak pergi Sudan.

*speechless*

Dah lama tak dengar khabar, dan tiba-tiba terus nak pergi Sudan? Serius aku agak terkejut juga la. Sebab, ingat dekat ke? Jauh kut. Sudan dekat dengan Mesir sana tu. .

Dalam hati, Ya Allah.. khabar apakah ini?

Dari sudut hati aku tak berapa nak setuju. Sebab jauh. Jauh dari family. Dan dia perempuan.

I had call her to figure out what happened.

She: Its my own decision.

Aku macam susah nak percaya. Lagi tak percaya sebab dia dah buat visa, pasport, dan tiket dah beli dah pun. Takkan nak burn tiket kut.

Ikutkan hati aku nak cuba pujuk dia kata tak payah pergi, sebab entahlah. Aku risau? Jauh. . . Dia kata ada 50 orang je students Malaysia dekat sana. Perempuan 11 orang.

Hmm. Tapi apakan daya, itu keputusan dia. Aku kena support. Sentiasa doakan yang terbaik dekat dia. Mak ayah dia pun okay, siap offer lagi, takkan aku yang bukan sesiapa ni pun nak kata tak okay kan?

Dia study Arab dekat sana. Dalam hati, (aku bila lagi?).

Dia pergi tarikh result SPM dikeluarkan. Dia ada juga ajak aku, pergi sekali dengan dia. Hahaha. Lawak apakah? Aku pergi Sudan? Ok. Forget it.

Lagi pun, dari segi positifnya. Ini bumi Allah. Dekat mana pun kita, Allah sentiasa ada untuk kita. Sentiasa jaga kita. Yang penting sentiasa tabah. Alhamdulillah, dia ada kenalan di sana. In Sya Allah. Allah akan mudahkan.

Ya Allah. Kau permudahkanlah urusan sahabatku itu walau dimana jua dia berada. Kau lindungilah dia dari sebarang perkara buruk. Dan teguhkanlah hatinya kepadaMu sahaja. Aamiin.

Dan aku pasti merinduinya nanti :') Hakikat hati yang tak dapat dielakkan. Sahabat, tough ey?

No comments:

Post a Comment