Sunday, December 21, 2014

Semangat Malaysia!

Assalamualaikum.

Walaupun dah berlalu beberapa belas jam yang lepas, tiba-tiba rasa nak update jugak pasal bola semalam. Haha.

Okay.

Aku bukan fanatik bola macam orang lain. Yang tengok sampai pukul dua tiga pagi. Aku cuma minat bila Malaysia main je. Haha. Semangat tak?

Walaupun kalah kan, tak dapat piala. Itu namanya kalah selepas berjuang la. Ada kesungguhan untuk mendapat gelaran juara tu. Tahniah kepada semua. . . .

Aku tak sedar pulak, yang bila tengok bola je, mulut ni tak berhenti bercakap (nampak tak cara bg sokongan tu?) Haha. Okay. Nampaknya tak boleh pergi ke stadium.

Okay. Harimau Malaya yang aku respect. Indra Putra. Wahhh~ Haha. Menerima teguran dengan terbuka. Lepas orang tegur pasal style rambut dia je, terus dia botakkan. Terbaik lah.

Dan, akhirnya tamat sudah Piala AFF 2014. Walaupun tak dapat merelakan Thailand menang, tapi itulah ketentuan Allah Taala.

Apakan daya tiada rezeki,
Yang pasti ada usaha,
2016 ada lagi,
Kemenangan pasti milik Harimau Malaya.




No comments:

Post a Comment