Sunday, February 22, 2015

Latest.

Assalamualaikum.

Lama rasanya tak tulis apa-apa di sini. Cuti lama tapi tak tahu nak tulis apa. Lagipun blog ini dibina bukan untuk di'populariti'kan. Haha. Dibina atas dasar mengisi masa.

Last update tahun lepasss. Haha. Lama kut. Lagipun blog ni takde orang baca, aku rasa? Lagipun bukan semua cerita kita nak kena tulis. Bukan semua nak kena cerita. Dan untuk menulis mesti kena bagi inspirasi dekat orang. Rasa macam belum mampu untuk ke arah tu. Diri sendiri kena atur dulu :D

Wahhhhhhhhh . .  Result SPM dah nak keluar. 3 Mac nanti. Pasti aku takut untuk itu. Takut tak dapat apa yang diimpikan. Tapi tak pernah nak risau kalau frust jika tak dapat macam yang kita nak. Sebab Allah itu Tuhan kita. Allah itu ada. Dia yang paling tahu apa yang terbaik buat kita.

Lepas ni sambung mana? Ahha. Itu kena tanya rezeki. Tak tahu dapat mana. Yang penting kalau dapat mana pun, asalkan kita niat nak belajar. Everything smooth, huh? Tapi ayah aku kata, dia nak aku dekat dengan keluarga. Kalau boleh jangan jauh-jauh. Hmm. No comment about this ^^

Semoga segala urusan berjalan lancar. Dan InsyaAllah. Allah permudahkan. Kerana Allah itu sentiasa dekat dengan kita semua. No doubt :)

No comments:

Post a Comment