Monday, June 3, 2013

Sesal di Pintu Saqar .

Assalamualaikum . 

Hari sabtu haritu ada beli GenQ isu 22 . Tajuk isu kali ni Mencari Identiti . Nak kongsi satu tajuk yang terdapat dalam isu kali ni . 

Dialog penyesalan di Saqar .
Dalam surah al-Muddathir ayat 42-47 , Allah s.w.t merakamkan dialog penghuni Saqar yang berbunyi :

42 - "Apakah yang menyebabkan kamu terperosok ke dalam neraka Saqar ini ? "

43 - Mereka menjawab , " Kami tidak termasuk dalam golongan yang mengerjakan solat.

44 - " Kami juga tidak pernah memberi makanan ( berzakat ) kepada orang miskin "

45 - " Kami juga dahulunya selalu memperkatakan perkara yang salah bersama orang yang    
          memperkatakannya "

46 - " Dan kami juga sentiasa mendustakan hari pembalasan "

47 - " Sehinggalah kami didatangi perkara yang tetap diyakini ( mati ) . "

Bak kata pepatah , sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tiada gunanya . Ya . Penyesalan di pintu Saqar sudah tidak berguna lagi . Peluang kembali ke dunia untuk beramal soleh sudah tertutup buat selama-lamanya . 

Inilah penyesalan yang paling dahsyat bagi mereka yang tersungkur di Saqar . Siapa penghuni Saqar ?

1. Mereka yang meninggalkan solat. 

2. Golongan yang mengabaikan kewajipan berzakat .

3. Manusia yang bersekongkol dengan kebatilan dan menyebarkannya .

4. Orang yang menfikan kedatangan hari kiamat .

Penghuni Saqar
Jawapan yang diberikan merupakan pengakuan jujur oleh penghuni Saqar . Dalam kitab al-Tafsir al-Kabir menyatakan bahawa soalan daripada Allah berbentuk penghinaan kepada mereka . 
Pada ayat 43 dan 44 ada dua pandangan ulama yang mentafsirkan ayat ini . Antara yang disebut :

Imam Fakhruddin Razi - Mentafsirkan sebagai balasan mengingkari perintah wajib daripada Allah s.w.t.

Imam Ibn Kathir - Mereka diazab kerana mengabaikan hubungan dengan Allah menerusi solat dan cuai dalam menjaga hubungan sesama manusia melalui ibadah zakat . 

Ayat seterusnya merupakan golongan yang bersekongkol dengan kebatilan . Mereka membincangkan hal-hal yang tidak diketahui kebenarannya lalu diperluaskan . Hakikatnya ia penuh dengan pembohongan dan kebatilan . Inilah yang disesali oleh penghuni Saqar . 

Sesalan terakhir yang disuarakan oleh penghuni Saqar ialah mereka tidak percayakan akhirat sehinggalah mati datang menjemput mereka . Patinya mereka yang tidak meyakini akhirat dan hari kematian sahajalah yang mampu melaksanakan siri-siri keingkaran dalam hidup mereka di dunia .

Saqar Bukan Pilihan.
Sebelum itu , dalam surah yang sama pada ayat 25-30 , Allah s.w.t. telah memberi gambaran tentang Saqar . Kengerian Saqar disebut oleh Ibn Kathir dengan mengatakan penghuninya akan ditenggelamkan dalam Saqar dan dibakar sehinggat tidak meninggalkan sisa daging , urat dan kulit pada tubuh pendosa .

Bahkan Saqar membakar segenap kulit mereka sehingga hitam legam dan Saqar itu diawasi oleh 19 malaikat daripada malaikat Zabaniah yang bersifat kasar . 

Ternyata Saqar bukanlah pilihan . Sebelum kita meninggalkan solat dan tergamak melihat fakir miskin yang terbiar melarat di sekeliling kita , bayangkanlah Saqar sebagai tempat kembali .

Jagalah lidah daripada menyampaikan berita-berita palsu dengan meyakini kepastian wujudnya akhirat . Jika tidak kita cuba menempah tempat di Saqar .

Pastikan pengakhiran kita baik dan indah , bukan penuh penyesalah . Bersedialah menghadapi kematian dengan rasa gembira bertemu Al-Rahman . 

Rasa banyak sangat dosa masa baca artikel ni . Ya Allah , moga kau jauhkanku daripada nerakaMu . 
Amin . 

No comments:

Post a Comment