Thursday, February 14, 2013

Bermulanya sebuah permulaan

Ehem .
Assalamualaikum .

Dah hampir sebualan lebih persekolahan berlalu . Cepat masa berlalu . Masa yang lalu makin hari makin tinggalkan kita . Allahuakbar . Entah kali ke berapa aku cipta akaun baru untuk blog . Banyak kali dah rasanya . Masa mematangkan kita . Mungkin blog yang lalu ketika zaman emosi tak menentu dan kurang berfikiran panjang jadi ku lupuskan riwayatnya .

Tahun ni genap 16 tahun . Tak sangka aku masih diberi kesempatan untuk menghirup udara dan meneruskan perjalanan di dunia ini . Alhamdulillah . Tak pasti apakah tujuan ku cipta akaun ini , sedangkan tiada masa untuk up to date . Mungkin untuk masa yang terluang akan datang .

Kami form 4 , selepas alam PMR berlalu , selepas mendapat keputusan yang ditentukan setelah usaha sedaya upaya . Akhirnya , ada yang akan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya . Allah , perpisahan  itu perit . Biarpun ia perit , seribu kemanisan dan hikmah telah dijanjikan untuk kita . Ramai sahabat-sahabat yang sudah meninggalkan bumi SAM Sg, Merab Luar demi mengecapi cita dan impian yang dihajati .
Ada yang pergi juga ke SAM , SBP juga MRSM .

Rindunya mereka . Walau dimana pun awak berada , ingat di mana kita bermula . Jika awak tidak bermula di SAMSMILE kita , belum tentu awak berada di sana sekarang . Aku doakan kalian sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah s.w.t. Jangan lupakan mereka yang mendidik kita di sini kerana tanpa mereka , kalian tak seperti mana kalian sekarang .

Jodoh pertemuan ditentukan Allah . Walaupun air mata menemani kali akhir kita bersua , InsyaAllah pertemuan pertama buat kita nanti diukir dengan senyum . Kita bertemu berpisah kerana Allah . Aturan Allah itu hebat . Moga hubungan yang kita jalinkan ini hingga ke jannah . InsyaAllah . Ukhuwahfillah .

Buat kalian yang sudah berpindah ,
Rabiatul Adawiyah , Husna Fadzil , Wan Nurul Ain , Siti Aisyah , Bahriah Aisyah , Nur Aisyah Yang , Wafa Izzati , Nur Rashidah , Halimatun Syahidah , Nur Syuhaidah , Nor Atiqah Zawani , Najwa Azis , Nur Syahidah , Nurul Aliah Farisha , Wan Nur Hidayah , Ain Syamsiah , Amira Fatin .
Ali Imran , Amir , Ucop , Ridhwan , Ikhwan , Zaidi , Adam , Haziq Samad , Adli , Iqbal , Afiq , Luqman , Safwan , Haziq Rodzi , Uzair , Faliq .
( dan lain-lain . Antara name yang aku ingat :)

No comments:

Post a Comment