Assalamualaikum .
Setelah sekian lama tak update , telah terkumpul satu hikayat . Cehh . Tipu lebih .
Jom sama-sama kita ucapkan Alhamdulillah sebab Allah masih beri kita nyawa dan udara untuk meneruskan hidup ni .
Ajal dan maut itu ketentuan Allah kan ? Baru-baru ni pakcik yang buat air kat kantin sekolah aku meninggal dalam accident . Allahu . Kawan aku ada kata , pakcik tu dia ada tanya soranG cikgu laki pagi tu, "Azab dalam kubur tu macam mana agaknya?"
Moga-moga arwah pakcik tu di kalangan orang beriman . Aamiin .
Tengok-tengok petang tu dia meninggal . Kita ? Bila kita tak tau .
Tapi kadang-kadang tu rasa diri ni terlalu mengingati dunia . Sedangkan mati tu di hadapan je . Susahnya nak timbulkan kesedaran dalam diri kan ? Ya Allah .
Tuesday, November 25, 2014
Tuesday, October 21, 2014
Somehow ~
SPM dah nak dekat .
Pejam celik pejam celik dah hujung tahun rupanya . kan ? Rupanya dah setahun dekat batu 5 . Teringat masa awal-awal masuk dulu , awal tahun . Setiap kali langkah kaki masuk dalam sekolah je , selalu mintak Allah jaga kan hati . kuatkan hati .
Akhirnya, Allah kuatkan hati ni sampai hujung tahun , sampai hari ni . semua yang berlaku sampai hari ni hanyalah ihsan dari Allah Taala . Semuanya yang ada Allah bagi .
Kawan-kawan , cikgu-cikgu . Kawan-kawan bukan setakat 5K1 je . semua kelas ada :) Lepas ni zaman sekolah dah nak habis . Ah, mesti rindu . Rindu nak pergi sekolah . Rindu nak jumpa kawan . And , admire . Salah tulis pulak :S
Eh cakap pasal admire ni , sejujurnya aku takde stalk sape-sape pun (tipu) . Haha . Tipu la sangat kalau takde stalk sape-sape pun kan . Ada , budak 5sc . Akhirnya , tak pecah di mulut pecah di laman blog . (Harap takde budak 5sc yang baca)
Cakap pasal aku stalk sape ni , kadang-kadang tu aku rajin jugak terserempak dengan dia , Tapi buat-buat tak rasa apa . Tapi dalam hati (apesal la aku boleh selisih dengan dia ni) . Kan kena masuk kelas dia waktu Addmaths . Tiap kali nak masuk kelas tu je mesti malu . Padahal dah banyak kali masuk . Tak faham aku . Jantung ni bukan main laju lagi .
Sepanjang zaman aku sekolah la , sampai dah nak habis sekolah ni . Tak sangka ada orang nak masuk line . Yelah , aku rasa semua benda tu terganggu . Lebih baik focus untuk belajar . Siap mintak no phone lagi . Ada yang bagi coklat pun . Haha . serius kelakar . Tak pernah orang bg aku coklat lagi-lagi lelaki . Coklat tu aku pass dekat kawan , tak makan pun . Maaf la ye . .
Semuanya kenangan . Banyak lagi nak story . Tapi tunggu la lepas spm .
K , Assalam :)
Wednesday, July 30, 2014
EidulFitri :)
Assalamualaikum .
Rasa nya masih ada masa untuk ucapkan SALAM AIDILFITRI . Maaf Zahir dan Batin ye .
Alhamdulillah . Tahun ni raya ala kadar je . Tahun ni raya dekat Kedah je . Tak balik Desa Putra pun . Kadang-kadang ada hikmah tak dapat balik beraya . Allah tu lebih tahu apa yang kita perlu .
Dekat sana ada family . Dekat sini pun ada family . Takde beza pun . Mungkin yang beza adalah suasana .
Persiapan raya ? Alhamdulillah .
Semua sibuk tayang gambar raya . Aku takde gambar yang nak ditayangkan pun .
Privasi itu penting .
Dengan kesempatan ini ,
Ada kesempatan , Syawal tahun depan kita jumpa lagi . Mungkin ada banyak gambar yang dipetik ? Mungkin bilangan family makin ramai ? Takde siapa yang tahu . Melainkan Allah :)
Assalam :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri . Semoga ceria selalu :)
Ada kesempatan , Syawal tahun depan kita jumpa lagi . Mungkin ada banyak gambar yang dipetik ? Mungkin bilangan family makin ramai ? Takde siapa yang tahu . Melainkan Allah :)
Assalam :)
Subscribe to:
Posts (Atom)