Thursday, December 5, 2013

This is Me

Assalamualaikum .

Tetibe rasa nak update blog tengah-tengah malam ni kan :_:

Bila search about tarbiyah . . .

Dan aku adalah salah seorang orang yang melalui proses tarbiyah . Dulu dan sekarang jauh beza . Bila ingat balik , hm . Banyak lagi orang yang baik . Banyak lagi orang yang banyak ilmunya . Dan terasa kerdilnya aku didalam golongan manusia berilmu .

Dan sebenarnya , proses tarbiyah itu perlu hingga akhirnya . Aku cuba untuk jadi yang sebaiknya . Bukan senang nak mentarbiyahkan diri . Dugaan dan cabaran sentiasa ada . Moga diberi kekuatan untuk menghadapi segalanya .

Indeed , proses tarbiyah itu indah kerana disitu kita menjadi seorang yang lain yang lebih baik .

Allahuakbar :)

Monday, December 2, 2013

Dunia . .

Assalamualaikum .

Erm . Tetibe je rasa ak update . (walaupun rasanya takade sape yang nak baca pun kan) :s

Okay . Aku rasa manusia zaman sekarang sedang melalaikan antara satu sama lain ? Er , ini hanya lah pandangan seorang pelajar yang masih belajar . Maaf kalau ada yang terasa :_:

Bukannya apa . Drama atau filem sekarang telah melalaikan ramai manusia . And one of the people aku rasa adalah aku ? Yup . Aku telah tewas dengan tipu dunia . Astaghfirullah .

Mostly , reality show yang ada dekat tv adalah adaptasi dari novel . And novel mostly read by women . I'm a girl . Belum sampai tahap women kut ? Tapi I already read the novel la kan .The drama telah menarik aku untuk menontonnya hingga akhir .

See .

Aku telah leka dengan tipu dunia . Dear Allah , jauhkanlah aku dari perkara yang boleh melalaikan diri ini .

Nasib baik rumah takade astro kan . Yeah , I really bersyukur :D

P/S : Sedarlah wahai manusia dari mimpi yang tak pernah nak habis ini . (termasuk aku)

Saturday, November 30, 2013

Dimana Dia Dihatiku"

Assalamualaikum .

Ingatan dari sahabat kepada sahabat . Untuk kalian dan juga diri sendiri .

Buatlah kebaikan sebanyak-banyaknya meskipun
setelah ditinggalkan insan yang tersayang
kerana itulah bekalan untuk kita bertemu denganNya .

Semasa Rasululluah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur , dalam perjalanan untuk berhijrah ke Madinah , musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.

Ketika Abu Bakar cemas , Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, "Jangan takut, Allah bersama kita."

Inilah kehebatan Rasulullah s.a.w , Allah sentiasa di hatinya .

Sewaktu Da'thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah s.a.w lalu meletakkan pedang ke leher baginda dan bertanya , "Siapakah akan menyelamatkan kamu daripadaku?"

Jawab Rasulullah penuh yakin, "ALLAH"

Mendengar jawapan itu , gementarlah Da'thur dan terlepaslah pedang daripada tangannya . Itulah kehebatan Rasulullah . . . . sentiasa ada Dia di hati baginda .

Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir. "Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?"

"Maaf tuan , tidak boleh . Kambing ini bukan milik saya punya . Ia milik tuan saya . Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja."

"Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada siapa selain aku dan kamu di sini . Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala , tuanmu tidak akan mengetahuinya", desak Sayidina Umar lagi , sengaja menguji.

"Kalau begitu dimana Allah?" ujar budak itu.

Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu . Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan , tetapi dengan kejujuran dan keimanannya , dia punya kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH . Jelas ada Dia di hatinya . 

Melihat anekdot-anekdot ini, aku terkesima lalu bertanya pada diri, dimanakah Dia dalam hatiku ? Apakah ALLAH sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk serta memujuk hatiku yang rawan ?

ALLAH ciptakan manusia hanya dengan satu hati . 

Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi . Jika cinta ALLAH yang bersinar  sinarlah segala cinta yang lain . Tetapi jika sebaliknya , cinta selainNya yang ada di situ , maka cinta ALLAH akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hatiku .

Sering diri ini berbicara sendiri , bersndikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidupku , kata mereka ( dan aku amat yakin dengan kata itu ) , " Bila ALLAH ada di hatimu , kau seolah-olah memiliki segalanya . Itulah kekayaan , ketenangan dan kebahagian yang hakiki . 

Apakah ALLAH menjadi tumpuan dalam hidupku ? 

Apakah yang aku fikir , rasa , lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepadaNya ? 

Bila bertembung antara kehendakNya dankehendakku m kehendak siapa aku dahulukan ? 

Sanggupkah aku menyayangi hanya keranaNya ? Tegakah aku membenci juga keranaNya ?

Bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu ?

Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya ?

Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya ?

Soalan-soalan ini seungguhnya telah menimbulkan banyak persoalan . Bukan akal yang menjawabnya , tapi rasa hati yang amat mendalam . 

Aku teringat bagaimana seorang sufi diajukan dengan satu soalan , "Apakah engkau takutkan ALLAH ?"

Dia menangis dan menjawab ,

"Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak . Jika aku katakan tidak , aku akan menjadi seorang yang kufur . Sebaliknya kalau aku katakan ya , aku terasa menjadi seorang munafik . Sikapku amat berbeza dengan kata-kata . Orang yang takutkan ALLAH bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH tapi aku tidak . . . . "

Maksudnya , jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan ALLAH pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya , lebih-lebih lagilah aku yang hina dan berdosa ini . Di hatiku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik . Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dasyat sekali . 

Kalau kau tanyakan aku , "Adakah Dia di hatimu?"



Aku hanya mampu menjawab , 

"Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar DIA di hatiku . Aku belum sampai ke tahap mecintaiNya tetapi aku yakin , aku telah memulakan langkah untuk mencintaiNya .

Justeru , kerana belum ada DIA di hatiku , hidupku belum bahagia , belum tenang dan belum sejahtera . Aku akan terus mencari . Aku yakin ALLAH itu dekat , pintu keampunan NYA lebih luas daripada pintu kemurkaanNya . Selangkah aku mendekat , seribu langkah DIA merapat . Dan akhirnya aku yakin . . . . satu saat nanti , akan ada DIA di hatiku dan hatimu jua . 

Allahuakbar . Seseungguhnya Dia tahu apa yang kita tak ketahui .

Sumber : Dimana Dia Dihatiku ?