Friday, July 12, 2013

Brotherhood of Islam :)

Assalamualaikum . 

Sangat rindu waktu di samsmel . Pahit manis semuanya ada di sana . 

Agak-agak korang ingat kan aku lagi tak ? Ke aku sorang je yang ingat korang . . . 

Best of memory ever >





 



Aku tak tahu nak describe ape bila tengok gambar-gambar masa dekat samsmel dulu . 

Nak nangis tak tahu untuk apa , tapi rasa rindu . 

Yes . Rindu . 

Sebab rindu tak boleh nak describe dengan kata-kata . Orang yang mengalami je tahu macam mana rasanya . 

Back to reality ~

Assalamualaikum . 

Can we return back to the past ? 




Indeed , I miss my childhood . Zaman yang tak perlu fikir untuk kehidupan sendiri . Semuanya parents tentukan . Betapa senangnya waktu tu . 

Kepala pun tak serabut fikirkan masa tu . 

Tapi inilah nama kehidupan . Makin lama makin besar . Aku rasa baru semalam aku masuk darjah satu . Masa darjah satu dulu aku selalu fikir takutnya nak ambil UPSR . 

Tiba-tiba . . .

Tahun depan aku amibil SPM pulak . Ya Allah cepatnya masa berlalu kan ? 

Tak sangka dah dekat 4 bulan aku tinggalkan samsmel . tinggalkan tempat aku membesar . 

Sometimes , peritnya rindu . 

Dunia . 

Kadang-kadang aku rasa nak lari daripada reality . Don't know why . Tapi itulah yang aku rasa . 

Forget it . 

Aku akan cuba untuk kuat sampai bila-bila . Sebab aim kita hidup di dunia ini adalah untuk meraih Jannah kerana di situ lah asal kita . 

Indeed . 

Future

Assalamualaikum . 

Perkara yang paling menakutkan aku adalah , masa depan . Aku tak tahu apa yang akan terjadi pada aku akan datang . Perjalanan hidup aku .

Allah dah tetapkan qada' dan qadar untuk kita . 

Aku tak pandai nak tetapkan keputusan hidup aku sendiri . Lagi-lahgi pasal future study aku . Aku takut kalau aku salah buat keputusan . Aku takut kalau keputusan yang aku buat akan menyusahkan orang lain . 

Selagi ada Allah dengan kita , InsyaAllah . 

Pernah aku cakap dekat mak aku , boleh tak kalau nak kahwin terus ? 

And mak aku cakap apa , kalau duduk zaman dulu mungkin boleh la . Duduk rumah , suami kerja . Sekarang dunia dah maju , kena survive sendiri . Mungkin zaman dulu parents dah tetapkan pilih calon suami/isteri . So , mostly follow je , and kekal hingga akhir hayat apa ? 

Etc , macam moyang aku ( toknek ) . Tok nek lelaki , masih hidup lagi . Alhamdulillah , Allah panjangkan umur sampai 90 lebih . And toknek perempuan aku dah meninggal masa aku form 1 . Masa tu toknek umur 80 lebih . Tokenek lelaki sedih kut . Dia teringat-teringatkan arwah toknek perempuan . Siapa tak sedih , duduk sebumbung dekat 70 tahun lebih then salah seorang meninggal . Dan aku pun sedih jugak sebab toknek perempuan rapat dan kenal dengan aku . Dia tak nyanyuk pun , dan ingat nama aku :D

Hm . Boleh tercerita pulak pasal toknek aku . 

Proceed to aku . 

Aku tak tahu apa yang akan terjadi pada aku masa akan datang . Boleh ke aku teruskan di sekolah tu ? Aku tak tahu . . . atau aku akan pindah ? Untuk lagi sekali ?

Serius aku dah tak larat nak fikir . Tapi ni masa depan aku , takkan aku drop macam tu je . . 

Ya Allah , moga kau beri aku kekuatan menghadapi ujian ini .